Seindahnya pelangi cantik
Mewarnai bumi
Menghiasi pentas dunia ini
Yang dulu kehilangan sinarnya
Selembutnya suara merdu
Menusuk di jiwa
Mengalunkan kata-kata hikmah
Membajai kekuatan diri
C/o Tapi kini bertaburan titik noda hitam
Berkeliaran di persada kesenian
Menutur nista yang membimbangkan
Semua yang akan memandang
Ku cuba mewarnainya kembali
Alunan suci yang abadi
Semerdu kalam-Mu, ya Ilahi
Memberi ketenangan di hati
Seindah sabda dan selawat Nabi
Sunnah Rasul contoh buat diri
Melengkapi kehidupan insani
(Itulah hembusan kasturi)
Selembut bayu hembusan kasturi
Seindah cerianya suria pagi
Sedamai hati memuji Ilahi
Bagaikan di taman firdausi
Seharumnya wangi kasturi
Oh tiada terperi
Harum baunya menghiasi diri
Dari hati kan jatuh ke hati
Pastinya dari hati yg bersih
Itulah hembusan kasturi
Hembusan Kasturi... Sebuah lagu yang bisa menyentuh hati.. SELEMBUT BAYU HEMBUSAN KASTURI SEINDAH CERIANYA SURIA PAGI. SEDAMAI HATI MEMUJI ILAHI, BAGAIKAN DI TAMAN FIRDAUSI. Seharum wanginya kasturi pasti dari hati yang bersih. Namun bukan mudah mendapatkan hati yang bersih.
Sedang saya duduk bersendirian di dalam bilik lewat petang tadi, teringat saya kepada sebuah buku yang saya terima daripada sahabat akrab saya. Buku itu berkisah tentang solat.. Kali pertama saya membeleknya ketika selesai membuka sebuah hadiah yang bersampul sempena hari lahir yang ke-20.. Reaksi pertama saya menerima buku itu adalah biasa. Ia cuma hadiah dari teman, apa2 pun hadiah yang saya terima saya hargainya. Namun tak terdetik pula dihati saya untuk membaca dan meneliti isi buku tersebut. 'HIBURLAH DIRIMU DENGAN SHALAT'. Membaca sahaja tajuknya sudah membuat saya terfikir sesuatu tentang sahabat saya itu. ''nampaknya dia sedang cuba menyampaikan sesuatu melalui hadiahnya''. Saya mengerti dan faham. Tiada cara mudah untuk menyampaikan sesuatu yang penting kepada saya melainkan melalui penulisan. Kerana saya memang minat membaca, tidak kira apa2 buku pun saya baca terutama ketika saya sedang bosan atau tidak ada kerja yang nak disiapkan. Baiklah, berbalik kepada cerita utama. Ketika saya membaca buku tersebut, saya terberhenti bacaan pada satu ayat yang berbunyi ' Sucikan hatimu! Kerana kunci solat khusyuk itu terletak pada hati' dan ' hanya hati yang suci, yang bisa meraih itu'. Tiba2 saya teringat tentang solat yang saya lakukan setiap hari.. Pernahkah aku khusyuk? Saya bertanya sendirian.. Lalu saya menafikan. Kini saya sedar saya tidak pernah memiliki khusyuk dalam solat seumur hidup saya.. MasyaAllah.. Baru saya tersedar.. Banyaknya dosa saya.. Hati saya tidak pernah suci kerana hidup saya penuh noda. Saya teringat kembali peristiwa lampau ketika masih kecil.. Saya sedih mengenangkannya. Kerana apa? Kerana saya tidak istiqamah dalam hidup saya. Jika dulu, saya ke sekolah saya belajar ilmu agama. Bukan sedikit, tetapi banyak. Malah dulu ketika zaman persekolahan saya sering juga mengamalkan membaca surah2 dalam al-quran yang
utama seperti surah Yasin dan Muluk sebelum saya tidur malam. Hampir boleh dikatakan setiap malam saya akan membacanya diatas katil setiap kali saya selesai study malam di hostel saya. Namun itu dulu. Sejak saya tamat persekolahan saya tidak lagi mengamalkannya. Amalan itu hilang begitu sahaja.. Saya leka. Saya Alpa.. Semenjak duduk di kolej, tiada lagi bacaan surah sebelum tidur. Malah jika dulu saya pasti tidak lupa membaca doa tidur tetapi tidak kini.. Saya tidur tanpa doa.. Saya lupa segalanya tentang amalan yang saya pernah lakukan ketika saya kecil dahulu. Inilah yang boleh dikatakan 'semakin kita dewasa dan hidup senang kadangkala kita lupa dengan kehidupan masa lampau kita'. Benar bukan? Tak perlu ambil contoh lain, kerana contoh terdekat ada di hadapan kita. Saya sendiri merasainya. Semakin saya dewasa semakin saya lupa segalanya. Kadangkala saya cuba mengamalkan amalan sewaktu saya kecil. Tetapi saya hampa. Ia amat sukar. Kerana sudah lama saya melupakannya. Saya ada ilmu, tapi saya tak amalkan dan tak hargai. Macam hidup kita. Jika kita ada seseorang yang sangat menghargai kita dan kita menghargai mereka tetapi suatu ketika kita melupakan mereka. Adakah suatu masa nanti mereka dengan mudah dapat terima kita setelah kita melupakan mereka. Pasti sukar bukan. Itulah yang saya alami sekarang. Bukan saya tak cuba kembali menjadi seperti dulu, tetapi ianya amat sukar.. Waktu ini saya teringat kepada lagu yang saya selitkan di atas ini.. '' KU CUBA MEWARNAINYA KEMBALI, ALUNAN SUCI YANG ABADI. SEMERDU KALAMMU YA ILAHI, MEMBERI KETENANGAN DIHATI'' saya cuba mewarnai semula hidup saya dengan kalam ilahi, namun saya sukar.. Apa yang cuba warnakan dan hiaskan tidak secantik dan seindah yang pertama.. Benar, saya akui. Yang pertama takkan pernah ditandingi oleh yang seterusnya. Kini saya sedar. Hati yang suci itu penting. Wangian Hembusan kasturi hanya akan lahir dari hati yang suci. Saya cuba mendapatkan wanginya hembusan kasturi. Namun saya tidak pasti saya akan memilikinya kerana saya tahu saya tidak punya hati yang suci murni.
Ya Tuhanku, kiranya beruntunglah aku jika memiliki hembusan kasturi. Maka sucikanlah hati ini Ya Rabbi agar dapat aku rasakan Wangian Hembusan Kasturi. Sucikanlah hati ini daripada dosa dan noda. Amin Ya Rabbal Alamin..''
Akan aku dapatkan wanginya hembusan kasturi. Wangian yang tiada terperi...
No comments:
Post a Comment