Hujan turun dgn lebatnya.. Kelihatan beberapa ekor anjing sdg bersembunyi di celah2 lorong belakang bangunan.. Kesejukan barangkali.. Aku hanya melihat, memerhati...
Aku melihat suasana di persekitaran bandar yg sunyi sepi di pagi hari.. Hari ini hari minggu, pasti ramai insan sdg bergembira, berehat dan mungkin juga ada yg sedang nyenyak tidur di kediaman masing2 melepaskan lelah setelah sibuk seminggu bekerja.. Mungkin tidurnya nyenyak sekali, di tambah dengan kesejukan pagi hari yg penuh di limpahi dengan rahmat oleHNya.. Manalah aku mengerti apa yg mereka rasa kerana sudah pasti kehidupanku tidak seperti mereka..
Ya,aku baru menyedari sesuatu. Sudah sebulan mungkin tanah ini tidak dibasahi hujan. Aku kini melihat awan kelabu berarak.. Menandakan akan turun lebatlah lagi titisan hujan membasahi persada alam ini. Sementara itu salakan anjing2 semakin galak bersahutan.Aku membiarkan. Aku berfikir dan melihat seketika.. Melihat dunia yg penuh kesibukan. Dan tiba-tiba aku terasa kehilangan. Aku mencari-cari..
Dimana?? Aku mencari-cari insan itu.. Si anak kecil yg amat sadis.. Ah! Dunia penuh diskriminasi, dilupakan langsung akan insan yg memerlukan.. Nilai Korupsi langsung hilang.. Ramai hipokritor yg sdg bermaharajalela.. Mereka diberi amanah untuk memastikan rakyat sentiasa dalam kesenangan, tetapi mereka alpa..Mereka lupa. Aku tidak betah lagi melihat ketidakadilan ini. Aku sangat protes. Apalah sangat kesenangan di dunia ini. Kesenangan hanya menutup mata mereka. Kemewahan telah menulikan telinga. Tiada yang didengari mereka melainkan mendengar tentang kekayaan. Kekayaan telah membisukan bicara mereka. Kekuasaan telah mencacatkan anggota mereka semuanya.. Semuanya tiada lagi untuk mendengar, membantu, melihat, memberi pertolongan kpd insan seperti si kecil.. Kalaulah aku jadi mereka, takkan kubiar si anak itu bersendirian..Mencari rezeki sendiri untuk dirinya hari itu.. Setiap hari aku menyedarinya. Aku hanya mampu melihat.. Kerana aku tak mampu.. Bukan kerana malu, tetapi kerana aku bukan tercipta untuk membantumu adk kecil,, semalam ku lihat air matamu. Sungguh sayu jiwaku melihatmu dibuli kanak2 nakal seumurmu.. Tidak! Jgn kau buli adik kcil itu.. Dia insan kekurangan.. Tetapi tiada seorg mnusia pn mempedulikan.. Di mana nilai kemanusiaan?? Aku pn xpasti adkah dnia ini msih adil.. Aku xdpt mlihatnya.. Yg ku lihat hnyalah kekejaman, ketidakadilan, kekerasan, kesesatan umat mnusia dr landasan yg sebenarnya.. Tiada lagi keamanan, kebahagiaan, kegembiraan yg dapat ku lihat.. Oh Tuhan, ku meminta pdMu suapaya nasib si kecil ini kan terbela.. Kerana ku tak sanggup lagi mlhatnya derita.. Oh si adik kcil, dimana orang tuamu? Aku xpernah mlihat mereka.. Barangkali mereka sudah tiada.. Itu firasatku.. Yg tinggal hnya dirinya shja, sendirian keseorgn menghadapi dnia yg xlagi membahagiakan.. Oh Tuhan, ku mohon doaku dikabulkn.. Ku pinta pdMu ya Rabbi.. Engkau yg selayaknya mendengar, malah Maha Mengetahui segalanya.. Aku bukan xmahu membantu tetapi aku xmmpu.. Yg aku tahu hanya bedoa Memohon pd YANG SATU.
Puas ku pamerkan ketidakpuasan htiku ini, mlmpiaskn smua amarah yg kian membara stlh sekian lama mmndam rasa.. Ku lhat kmbli lorong itu, mncri si adk kcil.. Ya, aku mlihatnya.. Berjalan ditepi lorong.. Mencari rzki untuk ssuap nsi.. Hujan sudah rnyai, ku bd0a agar adk kcil bjaya mndptkn rzkinya hri ini.. Dia mlgkah melintas jalan.. Tiba- tiba dtg sebuah kreta mghala ke arahnya..
Tidak...! Adik, larikn drimu.. Akhrnya...ku lihat krta itu semakin perlahan.. Hmpir2 mlggar adk kcilku.. Ku lhat adk rebah jtuh mnyembah bumi.. Ku lhat kaki adik luka brdarah. Mungkin kerana terkena calaran tar dan batu jalan.. Adik...! Aku hanya mampu melihat... Menahan sebak air mata.. Kau belum smpat bhgia.. Tetapi kni..? Ah! Tak mungkin! Tak mungkin! Tiba2 ku lihat dua org insan kluar dari kenderaan itu.. Mereka kelihatan panik dn resah melihat adik disitu.. Aku pula menjadi smkin sayu.. Wahai manusia, slmtkn adkku jka ada nilai kemanusiaan dalam dirimu..
Alhamdulillah!
Syukur pdMu Ya Rabb.. Mereka insan yg kau kirim untuk slmtkn adk..
'Abang, kasihan bdk ni abg. Mari kta bwa prgi hosptal dn hntar pulang pd ibu bapanya.. Kalau tiada waris, biar kita saja yg menjganya ya bang..'' kata wanita itu kpd psgnnya.. ''betul kata awak tu, mgkin kta boleh jadikannya ank angkt memandangkn kta tiada anak sndri. Melihatkan keadaannya begini, saya fikir bdk ni tiada siapa2.'' ktanya lg..
Akhirnya, ku lihat adik di angkat ke pangkuan lelaki itu lalu di bawa ke dalam kereta.. Aku hanya mampu tersenyum melihat. Kerana aku yakin hidup adik akan berubah.. Terima kasih Tuhan.. Engkau kabulkn doaku.. Wahai adik, maafkn aku kerana tak dapat membantumu walau saban hari melihatmu menderita dalam duniamu.. Bkn aku tak mahu.. Ttp ku tak mampu.. Kerana aku cuma pemerhati kisah sedihmu.. Lalu ku tinggalkn kota itu.. Ku terbang tinggi di agkasa. Ku ingin hdup di daerah bumi yg lain.Ku terbang mencari arah tujuku.Aku terbang. Aku hanya seekor burung. Kerana itu ku tak bisa membantumu ADIKKU! Pergilah engkau bahagia bersama keluargamu yg baru. Selamat tinggal!
TERCALAR PELANGI DI HIRIS GERIMIS,
SENJAPUN MERANGKAK MENUTUP MENTARI,
TERBIAS WARNANYA KE WAJAH
Lagu kedamaian tiada kedengaran,
Bumi yg merekah disirami darah,
Kemelut melanda tiada kesudahan,
Kemusnahan bermaharajalela,
Yg lemah menjadi mangsa.
Anak2 kecil menggoncangkan ibunya,
Yg lemah longlai tak lagi bernyawa,
Jeritan suara batinnya,
Tak Siapa mendengarnya.
Tergadaikah maruah oleh janji2,
Terbayarkah dgn nyawa dan drah,
Soalan yg tiada jawapan..
KEMANUSIAAN TELAH LAMA HILANG,
KINI YG TINGGAL HANYA KETAKUTAN,
MUSNAH KASIH SAYANG DAN PERSAUDARAAN,
TANDUS AKHLAK DAN KEIMANAN,
MENYEMAI PERSENGKETAAN..
No comments:
Post a Comment