Assalamualaikum salam pembuka bicara.. Hari ni saya tergerak menulis entri yang berkaitan dengan pengalaman saya.. Sempena peperiksaan akhir semester di kolej saya, para pelajar muslim di suruh melaksanakan solat subuh berjemaah di surau besar kolej. Saya tidak melepaskan peluang ini untuk turut serta melakukan solat berjemaah di sana. Sememangnya program seperti ini tidak pernah atau memang jarang sekali di adakan. Maka, saya mengambil peluang untuk turut serta dalam solat subuh berjemaah di antara semua pelajar kolej yang julung kali di adakan.. Alhamdulillah, ramai juga para pelajar turut serta.. Namun saya agak kesal kerana tidak dapat mengajak kawan2 searas saya untuk turut serta. Apa boleh buat, mereka lebih lena tidur daripada pergi menunaikan solat berjemaah.. Saya pun melaksanakan solat di surau beramai2.. Saya kira hampir 500 jemaah pelajar yang telibat dalam solat itu.. Hampir 1/2 daripada jumlah keseluruhan pelajar di kolej kami.. Moga mereka2 yang terlibat mendapat berkat dan rahmat daripada Allah(Amin). Sebaik sahaja selesai bersalaman dengan jemaah, saya pun bergerak pulang ke kolej kediaman saya. Tidakla jauh mana, kira-kira dalam 6-7 minit sahaja. Saya pun meneruskan perjalanan saya.
Jalan berseorang tanpa pedulikan orang lain.. Sampai di satu selekoh di hadapan blok yang berhampiran blok saya, saya terdengar sekumpulan pelajar lelaki menegur pelajar perempuan.. Mereka menegur dengan nada sini dan perli ''Baru balik solat ke kak? Rajinnya''. Sejurus itu saya mendengar suara ketawa seakan-akan mereka mentertawakan pelajar perempuan tersebut. Saya membiarkan dan meneruskan perjalanan. Namun jauh di sudut hati saya amat kecewa dengan sikap mereka. Ya Allah, hina sangat ke pergi solat subuh.. Entah mereka itu datang dari mana tiba2 menegur seperti itu. Saya agak pelik kerana mereka menegur dari kawasan gelap di atas bukit. Saya tak pasti apa yang mereka buat di situ. Harap2 mereka juga turut serta dalam solat berjemaah tadi. Mana tak nya, jika mereka tidak turut serta, mereka juga mengatakan perkara yang tak sepatutnya seperti tadi agak buruk lakunya.
Mereka seakan memperlekehkan agama. Memangla pelajar perempuan amat sukar datang ke surau. Tetapi sekurang2nya mereka sanggup turun berjalan kaki menuju surau jika dibandingkan dengan kawan2 mereka yang masih tidur di bilik. Jadi, perlu ke nak tegur dan perli seperti itu. Hina sangat ke hingga sanggup memperli dan memperlekehkan hal2 berkaitan agama? MasyaAllah. Umat manusia sekarang sudah tidak pandai menjaga kata2. Sangat teruk. Kalau agama sudah di perlekehkan apa akan jadi pada dunia. Ya Allah.. Kau selamatkan aku dari kesesatan dan jauhkanlah aku daripada orang2 yang mempersendakan agama. Jadikanlah aku seorang yang cintakan agama. Aku tak rela agama aku di hina, di cerca dan di perlekehkan oleh penganutnya sendiri. Islam agama suci murni, mulia, sempurna. Jangan kotorinya dengan perkara tidak sepatutnya.. Sekali lagi
saya bertanya 'HINA SANGAT KE HINGGA PERLU DI PERLI DAN DIPERLEKEHKAN?''
No comments:
Post a Comment