Sesuci Qatrunada

'' Ya Tuhanku, masukkanlah aku daripada pintu kebenaran, dan keluarkanlah aku daripada pintu kebenaran juga, dan kurniakanlah bagiku daripadaMu seorang penolong ''

Islamic Widget

Wednesday, April 13, 2011

Hati ini terusik

Masanya kian tiba.. Ya Tuhanku... kekalkanlah apa yang telah Kau berikan dan hadiahkan padaku.. Aku masih bertatih
dan berpapah dalam mengejar semua mimpi2 itu.
Jangan biarkan harapanku musnah dan impianku
punah.. Jadikanlah aku seorang yang berjaya dan bahagia di akhir ayatku..
Temanilah tiap malamku dengan seorang penolong seperti mana telah Kau janjikan.Amin Ya Rabbal Alamin..

Hati ini terusik.. Saya rasakan segalanya kian jelas dan kian menghampiri.. Ya Tuhan, adakah ini yang dinamakan hidayahMu. Ada satu ketika hati ini sebak mendengar lagu2 berkisah tentang agama.. Kenapa? Kerana di hati saya terdetik perasaan sayu yang meruntun jiwa.. Ya Tuhan, banyaknya dosa saya. Terlalu banyak hingga saya rasakan saya begitu hina. Kadangkala saya berfikir dan menilai sesuatu perkara.. Tiada sesuatu pun daripadanya datang bukan dengan zat dan kekuasaan Allah. MasyaAllah.. Kini saya sedar. Buatlah apa sahaja perkara dalam hidup kita, semuanya dengan Allah.. Seperti mana lahirnya kita di bumi Allah ini. Bukankah lahirnya kita juga datangnya daripada Allah.. Maka waktu ini saya membuat konklusi.. Mulakan setiap pekerjaan dan perbuatan kita semuanya niat kerana Allah. Kerana dengannya hidup kita akan lebih bertambah berkat dan selamat. InsyaAllah..
Ini merupakan permulaan pertama di mana saya inginkan perubahan.. Mudah2an berkesempatan.. Setelah hati ini terusik, tidak putus2 perasaan saya untuk memulakan penghijrahan saya yang pertama. Semuanya kerana Allah..

No comments:

Post a Comment