Sesuci Qatrunada

'' Ya Tuhanku, masukkanlah aku daripada pintu kebenaran, dan keluarkanlah aku daripada pintu kebenaran juga, dan kurniakanlah bagiku daripadaMu seorang penolong ''

Islamic Widget

Tuesday, April 26, 2011

COUPLE ISLAMIK....apa 2??

Assalamualaikum... disini saya igin kongsikan satu cerita yang saya dapat daripada sahabat saya... mari kita lihat..






COUPLE ISLAMIK....apa 2??

jom baca kisah ni..kot2 paham....

Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...

p/s : yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya..peringatan untuk diri ana sendiri terutamanya....wallahualam

Sunday, April 24, 2011

Facebook- Beri Kebaikan atau Keburukan

Assalamualaikum w.b.t


Bila berkata tentang 'facebook' pasti ramai orang tahu apa itu facebook.. Satu rangkaian jaringan yang agak popular di seluruh dunia termasuk Malaysia. Bercakap tentang facebook tentu kita tahu ada baik buruknya. Memang saya juga akui bahawa facebook ini ada kebaikan dan tak kurang juga keburukannya. Di sini saya senaraikan beberapa perkara yang memberi kebaikan kepada kita.


1) Mengeratkan silaturrahim.
Melalui facebook kita dapat merapatkan lagi hubungan kekeluargaan dan persahabatan. Walaupun berjauhan, kita masih dapat bertegur sapa, bersembang dan bertukar2 cerita dengan rakan2 ataupun keluarga kita sendiri.


2) Menjadi medium perantaraan untuk menyampaikan dakwah.
Ini merupakan satu medium utama para pendakwah untuk menyampaikan dakwah. Melalui facebook, mereka boleh menyampaikan ilmu berkaitan agama dengan berkongsi di status2 atau pun notes. Bukankah itu sesuatu yang membantu? Secara tidak langsung ilmu itu dapat di sampaikan dan semua orang dapat menerima mesej2 penting yang ingin di sampaikan.


3) Mengetahui berita2 terkini tentang berita semasa.
Melalui page2 yang di sukai kita boleh subscribe page untuk berita utama yang terdapat dalam facebook seperti Harian Metro, Utusan Malaysia, Berita Harian, News Straits Times dan macam2 lagi. Melalui page2 ini kita akan dapat info terbaru kita di dinding halaman utama facebook. Bila2 masa dan di mana2 pun kita
boleh tahu memandangkan dunia semakin moden. Dengan menggunakan telefon sahaja kita boleh buka facebook. Saya juga merasai kemudahan tersebut. Tidak perlu lagi kerap membeli surat khabar. Hanya membaca sahaja daripada dinding facebook. Hidup menjadi lebih senang. :)


4) Memberi peluang mengeluarkan idea dan berbincang tentang masalah sosial.
Perkara ini amat penting di mana para remaja dapat memberi pandangan dan membuat perbincangan mengenai masalah sosial di mana dapat membendung masalah sosial agar tidak menjadi lebih teruk..

5) Memberi peluang memperkembang perniagaan, perusahaan dan sebagainya. Tak salah kan kita gunakan facebook untuk kembangkan business? itu merupakan satu usaha dan kreativiti sendiri.. Pengusaha untung, orang lain juga untung.. Tak begitu?


Baiklah, sekarang saya ingin senaraikan sedikit sebanyak keburukan facebook yang di salah guna oleh pengguna terutama golongan remaja.

1) Satu medium atau laman untuk menambah dosa. Mana taknya tiap2 hari kita duduk meng"upload" gambar2 yang tak bermoral. Cik2 adik sibuk meng"upload" gambar2 konon muka mereka cantik, cute, lawa dan macam2 lagi.. Sibuk buat pose manja.. Ya Allah, anda tahu tak itu berdosa? sepatutnya pose2 itu hanya layak di lihat oleh mahrammu sahaja... tak sedar kah kita menambah dosa?

2) Facebook juga menjadi satu tempat mengumpat dan menghina. Percaya atau tidak mari kita kaji. Jika anda lihat sekarng, facebook seolah2 seperti laman meluahkan perasaan atau tempat berkongsi perasaan dan tak ubah macam diari hidup kita, Betul tak? Setiap kali kita gembira, kita share status di facebook. Setiap kali kita sedih, kita juga share perasaan kita di facebook. Betul tak? itu tak mengapalah. Tapi bila kita marah. Habis kita maki2 dan sumpah sranah orang yg buat kita sakit hati. dan ketika itulah bermulanya sesi mengumpat, menghina dan mencaci antara kita dan kawan2 kita. tak ke teruk namanya tu. Habis satu dunia tahu kisah buruk orang yang di kutuk. MasyaAllah..

3) Faceboook juga menjadi tempat bermulanya masalah runtuhnya moral dan budi bahasa. Benar say katakan Dewasa ini sering kita lihat page2 menghina seseorang atau badan pertubuhan tertentu. Siapa yang pernah kita dengar mengenai kes penghinaan terhadap sultan. dengan adnya page2 seperti ini, ramai anak2 muda terpengaruh dan turut sama memeriahkan page2 berupa penghinaan, Di dalam page2 tersebut tak perlulah kita ugkitkan bahasa2 kesat berbentuk penghinaan yang mana merosakkan niali moral dan tatasusila rakyat yang sepatutnya berbudi bahasa. Benar bukan?

4) Bertambahnya masalah sosial dan anak2 muda semakin jauh dari agama.. Bukan anak2 muda sahaja, orang deasa juga ada yang terlibat sama. Pernah kita mendenagr berita isteri curang dengan membuat hubungan sulit bersama lelaki alin yng di kenali melalui laman facebook. Tidak kah berdosa? tidak tahu agama kah mereka hingga sanggup menduakan suami sendiri? tidak kurang juga dengan kisah suami curang dan bermacam2 lagi masalah yang lahir daripada penyalah gunaan facebook. Teruk bukan?

5) Facebook juga disalahgunakan untuk menipu orang ramai samada dalam bentuk perniagaan, penyamaran, perasaan dan sebagainya. Kita seringkali mendengar orang di tipu di facebook kononnya menjanjikan peluang pekerjaan, kekayaan dan sebagainya. Hakikatnya mereka hanyalah penipu dan orang palsu didunia maya. Mereka sanggup menggunakan gambar orang lain untuk menyamar. Selalunya wajah gadis2 yang menjadi mangsa. Mereka menyalin gambar dan menyimpan gambar2 gadis2 yang cantik untuk tujuan penyamaran. Oleh itu, gadis janganlah kerap meng"upload gambar peribadi anda untuk tontonan umum kerana bimbang di salah gunakan oleh sesetengah pihak.


Begitulah serba sedikit serta senarai yang boleh say kaitkan dengan kebaikan dan keburukan facebook. Sebenarnyanya banyak lagi kebaikan dan keburukannya, tetapi saya tidak menyenaraikannya. Hanya ini yang sempat saya ketengahkan. Mana2 kebaikan itu seeloknyanya diteruskan, dan yang buruknya mintalah dijauhi. Saya juga salah seorang pengguna facebook yang tegar.. Jadi saya amat takut denagn sebarang keburukan dan kemungkinan akan terjadi ketika say menggunakan facebook. Memandangkan saya dalam proses penghijrahan, say sendiri berdoa agar saya di jauhkan daripada sebarang kebatilan dan keburukan di dunia maya ini... Apa yang sya tulis hati ini sekadar pandangan sayan untuk perkongsian bersama. Selebihnya saya serahkan kepada Pencipta Yang Maha Mengetahui..Wallahualam.

Friday, April 22, 2011

saya Gadis SOLEHAH yang Comel =) “

Assalamualaikum... Hari ni say nak share satu kisah yg ditulis rakan saya... :)



“saya Gadis SOLEHAH yang Comel =) “

sebuah nukilan motivasi buat gadis-gadis Solehah di seluruh Dunia



Buat awak.....

yakni...gadis-gadis solehah di seluruh dunia ni tau.....!

Hmm... nak panggil gadis-gadis solehah ini dgn pggilan “awak” boleh?

Nak bersembang sikit dengan awak...... ada pesanan dari “seseorang” …

Hmm “Seseorang” la..... dia kata...dia tengah tunggu awak...

siapa tu yea awak? … tunggu ape yea? …

hmmm... tunggu la....hehe...



Prolog tentang awak.......”pernah tak awak berbisik?”

awak tahu tak... yang awak adalah yang terbaik? yang terindah...? Pernah tak awak berbisik kat diri awak… yakini dan selalu bisikkan : “ ya! saya Gadis SOLEHAH yang Comel =) !” ???

hmm...tapi takut nanti orang kata perasan yea??

hehe.. bukanla awak kene cakap macam tu kat ramai-ramai atau “cakap kuat-kuat” kat wall facebook.. ! tapi itu untuk diri awak sendiri la.. untuk awak sematkan dalam hati je ...sebagai satu Motivasi buat awak...!

hehe...Yup! betul ni....sebab... semua daripada awak memang yang tercomel....! jadi...awak kenalah jaga kecomelan tu.... sebab kecomelan ni...boleh hilang tau...

hmm...betul ni.... boleh hilang........

ia hilang......... Bila nilai “Solehah” itu dah tak ada pada awak... :)

hehe...it is simple kan...!? =)... So...awak mestila kena sentiasa ada semangat untuk ISTIQAMAH jadi INSAN yang SOLEHAH..... Sebab Insan Solehah tu BEST sangat-sangat.........yup! Betul ni, BEST....! sebab ape yea? hmm...takpe jom terus membaca molek-molek pesanan “Seseorang” tu.....



Awak & fitrah awak....

Fitrahnya awk pasti sama macam kawan-kawan awak yang lain. Gadis yang sedang meningkat dewasa.... suka tgk cerita korea.. Suka akan coklat.... Suka dengan baby...suka bermain dengan kucing... eh..”kitty...kitty la!”~ kata awak :) ...oh ya ka.... hmm :) awak kan lebih pandai dalam mencipta panggilan manja terhadap segala yang awak suka dan “cute” kan.... lepas tu minat baju-baju cantik … beg tangan... minat jubah-jubah... dan...

~~hellooo..!!!

....tapi bukan yang membazir dan mengada-ngada fasionnya tau!.. hehe...~smpat awk mencelah..... hmm... minat juga pada tudung syiria.....eh....pendekla tudungnya...tp ada jgk yg tak pendek kan... yang mana yang tidak sampai tutup di paras yang sepatutnya, awak pun mesti akan cari yang lebih labuh... kan...kan...kan...! hehe... takpe... bile awak teringin nak pakai apa yang awak suka, awk pun pakaila suka-suka sahaja kat dalam bilik kalau ianya tak boleh dipakai kat luar.....kan.....smbil tgk cermin.....”waah, comelnya !” ~awak berbisik sorang-sorang, sambil tersenyum :) .... aha...! suka juga pada kecomelan diri sendiri apabila menonton diri kat cermin dan …..bila bersiap-siap sebelum ke kelas msti bagi diri awak “terasa” comel terlebih dahulu... hehe....ya ka?

Hmm tapi.... awak hakikatnya hanya selesa dengan penampilan yang tidak sesekali mengganggu manusia yang ada 'penyakit' di hatinya kan!... dan awak tak suka juga mengganggu mata-mata insan yang akhirnya hanya membawa fitnah....kan..kan..kan... wah... Itulah kecomelan sejati~ berbisik sorang-sorang lagi... hihi.. suka sangat-sangat dengan kecomelan ya...!



hehe...itu kan fitrah.....



Ketika kawan-kawan awak tengok cerita korea...(terkadang) awak pun tumpang sekaki jugak kan. Tapi awak bukannya 'kaki' la.. yakni kaki cerita yang melekat sepanjang masa...sebab awak kan ada banyak komitmen dan pengisian aktiviti yg lebih berfaedah.. kan?! ...Kan Awak suka akan keaktifan...dan pemanfaatan masa... gerakkan matlamat membina ummah & keunggulan semangat kerjasama secomel wonderpet!!! (antara cerita kartun yang awak minat jugak tu – hihi.. awak selalu cakap...bak kate wondrpet : “apa yg penting...Kejesame” ).. cumanya kalau dlm bab cerita korea ni.... awk tersentuh la jugak kan dgn Hero cerita korea tu....mungkin awak pernah berbisik... yang mereka ini hensem & cool...kan...kan.....kan....



hehe...itu kan fitrah....



Dalam cerita korea awak suka juga cara kisah dan warna-warni kehidupan yang dipersembahkan... apatah lagi kalau temanya tentang “CINTA”... tersenyum awak sorang-sorang menonton babak cinta yang mengganggui jiwa awak.. kan...kan...kan... macam-macam pula yang awak fikirkan... macam best je kalau jadi macam tu.....kan...kan...kan....?



hehe itukan fitrah...



Dengar pula lagu-lagunya yang membuat hati awk terpesona masa babak best dan terikut-ikut dgn mood Kekecewaan kalau melodinya beritma 'frust'.. huhu....betol la kata awak...lagu-lagu korea ni macam “Hidup”! Macam boleh berjalan-jalan dalam kapilari darah awak je...kan...kan...kan...hehe 'feeling' la tu....



hehe itukan fitrah....



Tapi …. awak dalam minat-minat kat cerita korea tu... awak mesti akan berhenti atau tutup cerita tu setiap kali masuknya waktu solat kan... eh...pause saja la...sebab lepas ni nak sambung balik yea? ..hehe.. tapi awak sambung lepas beberapa ketika la...Lepas awak selesai solat, baca al-Quran & selesaikan komitmen-komitmen lain... lepas tu pula awk sekadar berkongsi pandangan suka-suka dan keminatan itu sesama kawan-kawan je kan... sambil bergurau-gurau.. sekadar mewarnai masa dlm persahabatan... Tapi awak sesekali tidak berlebih-lebihan, tak la sampai post & share sesuatu yang awak puja lagi mengujakan di wall-wall Facebook... seumpama membuat pengumuman yang “hebat” kat tempat awam... membuat persembahan “nilaian diri” utk tatapan semua...huhu..

Hellooo..!!!~~

tiba-tiba kawan awak kata itu suatu yang tak salah la sangat pun.. tak mengganggu ketenteraman awam pun.. hehe...tapi... awak bukan jenis mcm tu kan....awak pun nasihatla kawan-kawan awak tu ya.... jadilah mcm awk yg suka post-post peringatan dari ayat-ayat al-Quran & hadith, gambar-gambar petanda kebesaran Allah, perkongsian ilmu, perkembangan dunia islam dan.....

Hellooo.........!!!~~

tiba2 kawan awk mencelah lagi.... “dia pun ada jgk tazkirah-tazkirah tau!” ...hehehe...menyampuk aje lah..hah..kalau mcm tu meh ajak kawan awak sekali jadi gadis solehah yang Comel...meh la...best tau...hehe

aha...itu pasal Facebook yang kita kadang-kadang tersilap guna... terlebih, terlalai dan terlupa yang kita msti jaga betul-betul nilai & maruah utk pameran ramai... huhu.....awak...kene la jaga-jaga juga kan.. ;)



biasalah itukan fitnah....dan lorong-lorongnya...



Awak... susah tak kalau nak terus ISTIQAMAH jadi Comel.. ?

Hari itu ada seorang budak lelaki... masej-mesej..... hmm...pandainya dia dapat nombor telefon.... awak mule-mule terkejut la kan....hish... curi-curi je no tepon orang.... pastu dia ulang-ualng mesej.... sehari dua kali lepas makan..... macam jadual nak makan ubat antibiotik aje.... ish... sibuk je la dia tu kan?? eh.......sekejap...sekejap....!!! huh.... ayat-ayat dia Islamik la..... wah.. baiknye... baiknye....bersungguhnye...bersungguhnye....murninye...murninya.... Caringnya....Caringnya.... cool nye...cool nye.....~~

aduh... awk teruja sudah..... awak suka dah ni... tersentuh sudah... adui awk minat sangat-sangatla dengan ayat-ayat yang best mcm tu.... tiba-tiba lagu “ayat-ayat cinta” bergema di hati awak….kui2....

….itukan fitrah...



Hmm..kejap yea budak laki...nak makan sesuatu....nantilah nak ~~re....rep...repl..reply~~ (eh..nape tersekat-sekat ni?...ade yg tak kene la tu awak!).. hehe ....

Aha.. ade cokelat la... Alhamdulillah...yeay! coklat Cadbury! Makan jap eh... cokelat Cadbury... ade seseorang budak laki mane ntah yang bagi tadi....budak class ke awak???.... awak 'ter'terima lah sebab ada orang datang bagi cokelat tu tiba-tiba, takkan nak halau dia macam tu sahaja....(lagipun..awak kan suka jgk kat coklat tu kan...hehe(“,)... tapi awak malu sangat-sangat waktu tu kan... awak takut menularnya fitnah yea?!.... ok2.... so, lepas nie awak akan lebih berjaga-jaga ya....! ;) aduh, Cadbury tu da cair la awak... panas kot awak...ia da cair.......

~msti hati awk pn macam tu kan ...cair mcm coklat Cadbury bile ada yg mencairkan hati awak....sebab awk letak cokelat kat ats meja aje.... kat tempat panas..... awk tak jaga cokelat tu... kan coklat mudah cair.... klu awk letak kat tempat sejuk dan bersesuaian, mesti coklat tu akan terus ISTIQAMAH molek bentuknye! Hehe.......sbb tu la awak... awak kena letak elok-elok, jaga elok-elok sesuatu yg mudah cair...... macam hati awk.... kalau elok terus dijaga, tak akan terkena lah 'bahang'nya... tak akan dicair semudahnye kan....hehee...

...nasib baik awak teringat kembali.....



hehehe...itukan fitrah.....



tup...tup...tup....

erk...!

“Abang ~~...Bla...bla...bla........sayang~~... bla..bla..bla...”

huish....awat semacam aje roommate awk tu bersembang dengan abang kandungnya kat tepon?? ....ish..ish..ish awk...! ….rase lebih lembut kot suaranya dari kelembutan kuih Seri Muka... hehe.... eh... awk ni la....baik sangka pulak...bukan abang kandung kot....abang lain kot.....hehe....tapi itu la awak, sangat-sangat murni hati awak kan, ~menjaga & Husnudzan dalam segenap sangkaan yang muncul kan....=)

….alamak...!!! awak pun terganggu lagi....awak rase mesti best kan mcm tu....awak terfikir lagi.. hati mereka mesti asyik gembira aje.... terbelai, termamai, terbuai.... terBUAS...ops!....terbuas la pulak... Ok2... awk tak suka kan kalau sampai mcm tu.....! ya!...nasib baik awk tak suka kan...

“Helloooo...!!!! I ingatkan you all dah kawin kalau dah sampai begitu cara nya!!!! grrr...“ ~...wah...awk bersuara dlm sindiran...hehe...nah! kene “seketul” dari awak... baru tau kan garangnya awak... grrr~~..Awk benar-benar bertegas dalam hal ni kan..kan..kan..... ! Hehe... bertambahlah tahap kecomelan awak lagi.....bravo yea awak...(“,)

eh...sekejap....! keliru kan... bile awak tengok kawan awak tu macam sama ja dengan awk... pakaian & penampilan mcm awak... ada “jawatan-jawatan” jugak kot.... bila berkata-kata di luar, ayat-ayatnya “Islamik” bagai... tapi..... emm....itukan fitrah....eh.... fitrah yang menjadi fitnah la!!!

.... bolehkah dia berkata lagi pada dirinya yang dia adalah : “Gadis solehah yang Comel?”.. ..



hmm...FITRAH dan FITNAH...



hmm... sabar yea awak.....sbb awak msti nak terus jadi Gadis Solehah yang Comel....kan....awak kena jaga molek-molek diri awak tau.. sebab awak pun tau betapa BESTnya jadi Gadis Solehah ni kan....kerana awak suka sangat-sangat dgn motivasi daripada Rasulullah... yg selalu awak sematkan inspirasinya dengan sabda baginda..:


"Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah." (Riwayat Muslim)

...alhamdulillah.....yeay! awak kembali tersenyum...awak kembali tenang...awak kembali riang...awak kembali bersemangat....kerana awak tau... yang menjadi Insan solehah itu adalah sebaik-baik perhiasan di dunia ini... maka awak selalulah diiktiraf sebagai yang terindah....ya awak adalah GADIS Solehah yang COMEL! Yang Terindah! Yang teristimewa! :)



…...hehe.. senyum sikit awak..! (“,)

(^^,)...alhamdulillah....

dari tadi lagi kan..asyik sebut fitrah...fitrah...fitrah....

mengapa awak senang tersentuh...? mudah untuk meminati...? mudah diganggui hatinya? mudah dibua-buai....?

…..“sebab....awak ada hati yang sangat lembut & suka sesuatu yang mempunyai nilai “Keindahan”....

betul tak awak?

disebalik cerita korea.. cokelat.....baby.....kucing...perhiasan dan lain-lain yang disebutkan tadi...... bukan sengaja dikisahkan... tapi ada falsafah yang tersirat tentang ceciri jiwa awak.... semuanya berkait rapat dengan sesuatu yang membuatkan awak memandang dan terpengaruh akan sesuatu...

kerana itulah awak mesti kena jadi kuat...! selalu menjaga kelembutan itu dengan cangkerang keimanan.. ketaqwaan... kesucian....sebagaimana yang telah menjadi “trademark” awak selama ini...

Dan dengan kejayaan awak menempuh jerih payah mempertahankan cangkerang itu...keindahan yg lain pasti sedang menanti awak...macam kisah cinta dlm cerita korea tu, cairnya hati awak macam coklat Cadbury tu... semuanya sememangnya akan hadir jua....kerana itu kan fitrah....semestinya Allah pasti menyempurnakan fitrah awak....... kerana... Dia jua telah ciptakan “seseorang” lagi yang turut punyai fitrah ...tugasnya....utk sama-sama sempurnakan fitrah yg tercipta....

so...

bolehkah awak berjanji.... yang...awak hanya menanti “seseorang” itu sahaja? Yang telah dicaturkan untuk sempurnakan fitrah-fitrah awak dalam keredhaan?... seseorang yang sebenarnya tidak ada masa pun menjadi seorang “budak laki pencair hati” bersama SMSnya berulang-ulangan...? seseorang yang tidak ada masa pun bersama coklat Cadburynya...? dan seseorang yang tidak pernah pandai pun memperdaya kelembutan awak itu...?

tapi... dialah seseorang yang masanya di saat ini hanyalah melangkah dan terus melangkah menyempurnakan misi-misi agamanya?



dia lah yang ingin selalu ingatkan awak ...

selalu bermujahadah & menantikan awak....

dan dia lah “seseorang” yang pastinya menunggu awak ....

kerana....

dialah Lelaki Soleh yang hanya inginkan awak................... si gadis solehah yg Comel! =)

(( hehe.. senyum yea awak..! BEST sangat-sangat kan Janji-janjiNYA...!))

p/s : “seseorang” tu pesan : cuba baca sekali lagi pesanan dia ini sambil mainkan lagu Bisikan Nurani, dendangan inteam tu :)

Wednesday, April 20, 2011

Hina sangat ke sampai perlu diperli dan diperlekehkan?

Assalamualaikum salam pembuka bicara.. Hari ni saya tergerak menulis entri yang berkaitan dengan pengalaman saya.. Sempena peperiksaan akhir semester di kolej saya, para pelajar muslim di suruh melaksanakan solat subuh berjemaah di surau besar kolej. Saya tidak melepaskan peluang ini untuk turut serta melakukan solat berjemaah di sana. Sememangnya program seperti ini tidak pernah atau memang jarang sekali di adakan. Maka, saya mengambil peluang untuk turut serta dalam solat subuh berjemaah di antara semua pelajar kolej yang julung kali di adakan.. Alhamdulillah, ramai juga para pelajar turut serta.. Namun saya agak kesal kerana tidak dapat mengajak kawan2 searas saya untuk turut serta. Apa boleh buat, mereka lebih lena tidur daripada pergi menunaikan solat berjemaah.. Saya pun melaksanakan solat di surau beramai2.. Saya kira hampir 500 jemaah pelajar yang telibat dalam solat itu.. Hampir 1/2 daripada jumlah keseluruhan pelajar di kolej kami.. Moga mereka2 yang terlibat mendapat berkat dan rahmat daripada Allah(Amin). Sebaik sahaja selesai bersalaman dengan jemaah, saya pun bergerak pulang ke kolej kediaman saya. Tidakla jauh mana, kira-kira dalam 6-7 minit sahaja. Saya pun meneruskan perjalanan saya.
Jalan berseorang tanpa pedulikan orang lain.. Sampai di satu selekoh di hadapan blok yang berhampiran blok saya, saya terdengar sekumpulan pelajar lelaki menegur pelajar perempuan.. Mereka menegur dengan nada sini dan perli ''Baru balik solat ke kak? Rajinnya''. Sejurus itu saya mendengar suara ketawa seakan-akan mereka mentertawakan pelajar perempuan tersebut. Saya membiarkan dan meneruskan perjalanan. Namun jauh di sudut hati saya amat kecewa dengan sikap mereka. Ya Allah, hina sangat ke pergi solat subuh.. Entah mereka itu datang dari mana tiba2 menegur seperti itu. Saya agak pelik kerana mereka menegur dari kawasan gelap di atas bukit. Saya tak pasti apa yang mereka buat di situ. Harap2 mereka juga turut serta dalam solat berjemaah tadi. Mana tak nya, jika mereka tidak turut serta, mereka juga mengatakan perkara yang tak sepatutnya seperti tadi agak buruk lakunya.
Mereka seakan memperlekehkan agama. Memangla pelajar perempuan amat sukar datang ke surau. Tetapi sekurang2nya mereka sanggup turun berjalan kaki menuju surau jika dibandingkan dengan kawan2 mereka yang masih tidur di bilik. Jadi, perlu ke nak tegur dan perli seperti itu. Hina sangat ke hingga sanggup memperli dan memperlekehkan hal2 berkaitan agama? MasyaAllah. Umat manusia sekarang sudah tidak pandai menjaga kata2. Sangat teruk. Kalau agama sudah di perlekehkan apa akan jadi pada dunia. Ya Allah.. Kau selamatkan aku dari kesesatan dan jauhkanlah aku daripada orang2 yang mempersendakan agama. Jadikanlah aku seorang yang cintakan agama. Aku tak rela agama aku di hina, di cerca dan di perlekehkan oleh penganutnya sendiri. Islam agama suci murni, mulia, sempurna. Jangan kotorinya dengan perkara tidak sepatutnya.. Sekali lagi
saya bertanya 'HINA SANGAT KE HINGGA PERLU DI PERLI DAN DIPERLEKEHKAN?''

Sunday, April 17, 2011

Maafkan aku adikku, aku hanya sekadar mampu melihat

Hujan turun dgn lebatnya.. Kelihatan beberapa ekor anjing sdg bersembunyi di celah2 lorong belakang bangunan.. Kesejukan barangkali.. Aku hanya melihat, memerhati...

Aku melihat suasana di persekitaran bandar yg sunyi sepi di pagi hari.. Hari ini hari minggu, pasti ramai insan sdg bergembira, berehat dan mungkin juga ada yg sedang nyenyak tidur di kediaman masing2 melepaskan lelah setelah sibuk seminggu bekerja.. Mungkin tidurnya nyenyak sekali, di tambah dengan kesejukan pagi hari yg penuh di limpahi dengan rahmat oleHNya.. Manalah aku mengerti apa yg mereka rasa kerana sudah pasti kehidupanku tidak seperti mereka..
Ya,aku baru menyedari sesuatu. Sudah sebulan mungkin tanah ini tidak dibasahi hujan. Aku kini melihat awan kelabu berarak.. Menandakan akan turun lebatlah lagi titisan hujan membasahi persada alam ini. Sementara itu salakan anjing2 semakin galak bersahutan.Aku membiarkan. Aku berfikir dan melihat seketika.. Melihat dunia yg penuh kesibukan. Dan tiba-tiba aku terasa kehilangan. Aku mencari-cari..

Dimana?? Aku mencari-cari insan itu.. Si anak kecil yg amat sadis.. Ah! Dunia penuh diskriminasi, dilupakan langsung akan insan yg memerlukan.. Nilai Korupsi langsung hilang.. Ramai hipokritor yg sdg bermaharajalela.. Mereka diberi amanah untuk memastikan rakyat sentiasa dalam kesenangan, tetapi mereka alpa..Mereka lupa. Aku tidak betah lagi melihat ketidakadilan ini. Aku sangat protes. Apalah sangat kesenangan di dunia ini. Kesenangan hanya menutup mata mereka. Kemewahan telah menulikan telinga. Tiada yang didengari mereka melainkan mendengar tentang kekayaan. Kekayaan telah membisukan bicara mereka. Kekuasaan telah mencacatkan anggota mereka semuanya.. Semuanya tiada lagi untuk mendengar, membantu, melihat, memberi pertolongan kpd insan seperti si kecil.. Kalaulah aku jadi mereka, takkan kubiar si anak itu bersendirian..Mencari rezeki sendiri untuk dirinya hari itu.. Setiap hari aku menyedarinya. Aku hanya mampu melihat.. Kerana aku tak mampu.. Bukan kerana malu, tetapi kerana aku bukan tercipta untuk membantumu adk kecil,, semalam ku lihat air matamu. Sungguh sayu jiwaku melihatmu dibuli kanak2 nakal seumurmu.. Tidak! Jgn kau buli adik kcil itu.. Dia insan kekurangan.. Tetapi tiada seorg mnusia pn mempedulikan.. Di mana nilai kemanusiaan?? Aku pn xpasti adkah dnia ini msih adil.. Aku xdpt mlihatnya.. Yg ku lihat hnyalah kekejaman, ketidakadilan, kekerasan, kesesatan umat mnusia dr landasan yg sebenarnya.. Tiada lagi keamanan, kebahagiaan, kegembiraan yg dapat ku lihat.. Oh Tuhan, ku meminta pdMu suapaya nasib si kecil ini kan terbela.. Kerana ku tak sanggup lagi mlhatnya derita.. Oh si adik kcil, dimana orang tuamu? Aku xpernah mlihat mereka.. Barangkali mereka sudah tiada.. Itu firasatku.. Yg tinggal hnya dirinya shja, sendirian keseorgn menghadapi dnia yg xlagi membahagiakan.. Oh Tuhan, ku mohon doaku dikabulkn.. Ku pinta pdMu ya Rabbi.. Engkau yg selayaknya mendengar, malah Maha Mengetahui segalanya.. Aku bukan xmahu membantu tetapi aku xmmpu.. Yg aku tahu hanya bedoa Memohon pd YANG SATU.

Puas ku pamerkan ketidakpuasan htiku ini, mlmpiaskn smua amarah yg kian membara stlh sekian lama mmndam rasa.. Ku lhat kmbli lorong itu, mncri si adk kcil.. Ya, aku mlihatnya.. Berjalan ditepi lorong.. Mencari rzki untuk ssuap nsi.. Hujan sudah rnyai, ku bd0a agar adk kcil bjaya mndptkn rzkinya hri ini.. Dia mlgkah melintas jalan.. Tiba- tiba dtg sebuah kreta mghala ke arahnya..

Tidak...! Adik, larikn drimu.. Akhrnya...ku lihat krta itu semakin perlahan.. Hmpir2 mlggar adk kcilku.. Ku lhat adk rebah jtuh mnyembah bumi.. Ku lhat kaki adik luka brdarah. Mungkin kerana terkena calaran tar dan batu jalan.. Adik...! Aku hanya mampu melihat... Menahan sebak air mata.. Kau belum smpat bhgia.. Tetapi kni..? Ah! Tak mungkin! Tak mungkin! Tiba2 ku lihat dua org insan kluar dari kenderaan itu.. Mereka kelihatan panik dn resah melihat adik disitu.. Aku pula menjadi smkin sayu.. Wahai manusia, slmtkn adkku jka ada nilai kemanusiaan dalam dirimu..

Alhamdulillah!
Syukur pdMu Ya Rabb.. Mereka insan yg kau kirim untuk slmtkn adk..

'Abang, kasihan bdk ni abg. Mari kta bwa prgi hosptal dn hntar pulang pd ibu bapanya.. Kalau tiada waris, biar kita saja yg menjganya ya bang..'' kata wanita itu kpd psgnnya.. ''betul kata awak tu, mgkin kta boleh jadikannya ank angkt memandangkn kta tiada anak sndri. Melihatkan keadaannya begini, saya fikir bdk ni tiada siapa2.'' ktanya lg..

Akhirnya, ku lihat adik di angkat ke pangkuan lelaki itu lalu di bawa ke dalam kereta.. Aku hanya mampu tersenyum melihat. Kerana aku yakin hidup adik akan berubah.. Terima kasih Tuhan.. Engkau kabulkn doaku.. Wahai adik, maafkn aku kerana tak dapat membantumu walau saban hari melihatmu menderita dalam duniamu.. Bkn aku tak mahu.. Ttp ku tak mampu.. Kerana aku cuma pemerhati kisah sedihmu.. Lalu ku tinggalkn kota itu.. Ku terbang tinggi di agkasa. Ku ingin hdup di daerah bumi yg lain.Ku terbang mencari arah tujuku.Aku terbang. Aku hanya seekor burung. Kerana itu ku tak bisa membantumu ADIKKU! Pergilah engkau bahagia bersama keluargamu yg baru. Selamat tinggal!

TERCALAR PELANGI DI HIRIS GERIMIS,
SENJAPUN MERANGKAK MENUTUP MENTARI,
TERBIAS WARNANYA KE WAJAH
Lagu kedamaian tiada kedengaran,
Bumi yg merekah disirami darah,
Kemelut melanda tiada kesudahan,
Kemusnahan bermaharajalela,
Yg lemah menjadi mangsa.
Anak2 kecil menggoncangkan ibunya,
Yg lemah longlai tak lagi bernyawa,
Jeritan suara batinnya,
Tak Siapa mendengarnya.
Tergadaikah maruah oleh janji2,
Terbayarkah dgn nyawa dan drah,
Soalan yg tiada jawapan..
KEMANUSIAAN TELAH LAMA HILANG,
KINI YG TINGGAL HANYA KETAKUTAN,
MUSNAH KASIH SAYANG DAN PERSAUDARAAN,
TANDUS AKHLAK DAN KEIMANAN,
MENYEMAI PERSENGKETAAN..

Friday, April 15, 2011

Wanginya Hembusan Kasturi

Seindahnya pelangi cantik
Mewarnai bumi
Menghiasi pentas dunia ini
Yang dulu kehilangan sinarnya
Selembutnya suara merdu
Menusuk di jiwa
Mengalunkan kata-kata hikmah
Membajai kekuatan diri
C/o Tapi kini bertaburan titik noda hitam
Berkeliaran di persada kesenian
Menutur nista yang membimbangkan
Semua yang akan memandang
Ku cuba mewarnainya kembali
Alunan suci yang abadi
Semerdu kalam-Mu, ya Ilahi
Memberi ketenangan di hati
Seindah sabda dan selawat Nabi
Sunnah Rasul contoh buat diri
Melengkapi kehidupan insani
(Itulah hembusan kasturi)
Selembut bayu hembusan kasturi
Seindah cerianya suria pagi
Sedamai hati memuji Ilahi
Bagaikan di taman firdausi
Seharumnya wangi kasturi
Oh tiada terperi
Harum baunya menghiasi diri
Dari hati kan jatuh ke hati
Pastinya dari hati yg bersih
Itulah hembusan kasturi



Hembusan Kasturi... Sebuah lagu yang bisa menyentuh hati.. SELEMBUT BAYU HEMBUSAN KASTURI SEINDAH CERIANYA SURIA PAGI. SEDAMAI HATI MEMUJI ILAHI, BAGAIKAN DI TAMAN FIRDAUSI. Seharum wanginya kasturi pasti dari hati yang bersih. Namun bukan mudah mendapatkan hati yang bersih.

Sedang saya duduk bersendirian di dalam bilik lewat petang tadi, teringat saya kepada sebuah buku yang saya terima daripada sahabat akrab saya. Buku itu berkisah tentang solat.. Kali pertama saya membeleknya ketika selesai membuka sebuah hadiah yang bersampul sempena hari lahir yang ke-20.. Reaksi pertama saya menerima buku itu adalah biasa. Ia cuma hadiah dari teman, apa2 pun hadiah yang saya terima saya hargainya. Namun tak terdetik pula dihati saya untuk membaca dan meneliti isi buku tersebut. 'HIBURLAH DIRIMU DENGAN SHALAT'. Membaca sahaja tajuknya sudah membuat saya terfikir sesuatu tentang sahabat saya itu. ''nampaknya dia sedang cuba menyampaikan sesuatu melalui hadiahnya''. Saya mengerti dan faham. Tiada cara mudah untuk menyampaikan sesuatu yang penting kepada saya melainkan melalui penulisan. Kerana saya memang minat membaca, tidak kira apa2 buku pun saya baca terutama ketika saya sedang bosan atau tidak ada kerja yang nak disiapkan. Baiklah, berbalik kepada cerita utama. Ketika saya membaca buku tersebut, saya terberhenti bacaan pada satu ayat yang berbunyi ' Sucikan hatimu! Kerana kunci solat khusyuk itu terletak pada hati' dan ' hanya hati yang suci, yang bisa meraih itu'. Tiba2 saya teringat tentang solat yang saya lakukan setiap hari.. Pernahkah aku khusyuk? Saya bertanya sendirian.. Lalu saya menafikan. Kini saya sedar saya tidak pernah memiliki khusyuk dalam solat seumur hidup saya.. MasyaAllah.. Baru saya tersedar.. Banyaknya dosa saya.. Hati saya tidak pernah suci kerana hidup saya penuh noda. Saya teringat kembali peristiwa lampau ketika masih kecil.. Saya sedih mengenangkannya. Kerana apa? Kerana saya tidak istiqamah dalam hidup saya. Jika dulu, saya ke sekolah saya belajar ilmu agama. Bukan sedikit, tetapi banyak. Malah dulu ketika zaman persekolahan saya sering juga mengamalkan membaca surah2 dalam al-quran yang
utama seperti surah Yasin dan Muluk sebelum saya tidur malam. Hampir boleh dikatakan setiap malam saya akan membacanya diatas katil setiap kali saya selesai study malam di hostel saya. Namun itu dulu. Sejak saya tamat persekolahan saya tidak lagi mengamalkannya. Amalan itu hilang begitu sahaja.. Saya leka. Saya Alpa.. Semenjak duduk di kolej, tiada lagi bacaan surah sebelum tidur. Malah jika dulu saya pasti tidak lupa membaca doa tidur tetapi tidak kini.. Saya tidur tanpa doa.. Saya lupa segalanya tentang amalan yang saya pernah lakukan ketika saya kecil dahulu. Inilah yang boleh dikatakan 'semakin kita dewasa dan hidup senang kadangkala kita lupa dengan kehidupan masa lampau kita'. Benar bukan? Tak perlu ambil contoh lain, kerana contoh terdekat ada di hadapan kita. Saya sendiri merasainya. Semakin saya dewasa semakin saya lupa segalanya. Kadangkala saya cuba mengamalkan amalan sewaktu saya kecil. Tetapi saya hampa. Ia amat sukar. Kerana sudah lama saya melupakannya. Saya ada ilmu, tapi saya tak amalkan dan tak hargai. Macam hidup kita. Jika kita ada seseorang yang sangat menghargai kita dan kita menghargai mereka tetapi suatu ketika kita melupakan mereka. Adakah suatu masa nanti mereka dengan mudah dapat terima kita setelah kita melupakan mereka. Pasti sukar bukan. Itulah yang saya alami sekarang. Bukan saya tak cuba kembali menjadi seperti dulu, tetapi ianya amat sukar.. Waktu ini saya teringat kepada lagu yang saya selitkan di atas ini.. '' KU CUBA MEWARNAINYA KEMBALI, ALUNAN SUCI YANG ABADI. SEMERDU KALAMMU YA ILAHI, MEMBERI KETENANGAN DIHATI'' saya cuba mewarnai semula hidup saya dengan kalam ilahi, namun saya sukar.. Apa yang cuba warnakan dan hiaskan tidak secantik dan seindah yang pertama.. Benar, saya akui. Yang pertama takkan pernah ditandingi oleh yang seterusnya. Kini saya sedar. Hati yang suci itu penting. Wangian Hembusan kasturi hanya akan lahir dari hati yang suci. Saya cuba mendapatkan wanginya hembusan kasturi. Namun saya tidak pasti saya akan memilikinya kerana saya tahu saya tidak punya hati yang suci murni.

Ya Tuhanku, kiranya beruntunglah aku jika memiliki hembusan kasturi. Maka sucikanlah hati ini Ya Rabbi agar dapat aku rasakan Wangian Hembusan Kasturi. Sucikanlah hati ini daripada dosa dan noda. Amin Ya Rabbal Alamin..''


Akan aku dapatkan wanginya hembusan kasturi. Wangian yang tiada terperi...

Wednesday, April 13, 2011

Hati ini terusik

Masanya kian tiba.. Ya Tuhanku... kekalkanlah apa yang telah Kau berikan dan hadiahkan padaku.. Aku masih bertatih
dan berpapah dalam mengejar semua mimpi2 itu.
Jangan biarkan harapanku musnah dan impianku
punah.. Jadikanlah aku seorang yang berjaya dan bahagia di akhir ayatku..
Temanilah tiap malamku dengan seorang penolong seperti mana telah Kau janjikan.Amin Ya Rabbal Alamin..

Hati ini terusik.. Saya rasakan segalanya kian jelas dan kian menghampiri.. Ya Tuhan, adakah ini yang dinamakan hidayahMu. Ada satu ketika hati ini sebak mendengar lagu2 berkisah tentang agama.. Kenapa? Kerana di hati saya terdetik perasaan sayu yang meruntun jiwa.. Ya Tuhan, banyaknya dosa saya. Terlalu banyak hingga saya rasakan saya begitu hina. Kadangkala saya berfikir dan menilai sesuatu perkara.. Tiada sesuatu pun daripadanya datang bukan dengan zat dan kekuasaan Allah. MasyaAllah.. Kini saya sedar. Buatlah apa sahaja perkara dalam hidup kita, semuanya dengan Allah.. Seperti mana lahirnya kita di bumi Allah ini. Bukankah lahirnya kita juga datangnya daripada Allah.. Maka waktu ini saya membuat konklusi.. Mulakan setiap pekerjaan dan perbuatan kita semuanya niat kerana Allah. Kerana dengannya hidup kita akan lebih bertambah berkat dan selamat. InsyaAllah..
Ini merupakan permulaan pertama di mana saya inginkan perubahan.. Mudah2an berkesempatan.. Setelah hati ini terusik, tidak putus2 perasaan saya untuk memulakan penghijrahan saya yang pertama. Semuanya kerana Allah..

Monday, April 11, 2011

Sesuci Qatrunada

Sesuci titis Qatrunada yang memulai hari-hariku dengan penuh ketenangan dan kesejahteraan... Segala puji kembali kepada Allah yang telah menjadikan hari ini sejahtera dan telah terbit matahari dari tempatnya maka kini hampir tiba saat tenggelamnya.. Ku mohon padaMu Ya Allah, berilah aku kebaikan hari ini dan jauhkanlah daripadaku keburukan hari ini serta hampirkanlah aku kepada kebaikan.. Ya Allah, terangilah hatiku dengan cahaya hidayahMu sebagaimana telah Engkau terangi bumi dengan matahariMu terus menerus dengan RahmatMu Ya Tuhan Yang Maha Pengasih.. Ya Allah Ya Tuhanku, janganlah Engkau memalingkan hatiku setelah Engkau memberi petunjuk kepadaku dan berilah kepadaku rahmatMu.. Bahawasanya Engkaulah Tuhan yang sangat murah pemberiannya..