Sesuci Qatrunada

'' Ya Tuhanku, masukkanlah aku daripada pintu kebenaran, dan keluarkanlah aku daripada pintu kebenaran juga, dan kurniakanlah bagiku daripadaMu seorang penolong ''

Islamic Widget

Tuesday, June 21, 2011

Andainya perempuan tahu.........

1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yg begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)
2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dgn budi bahasa dan kesopanan yg tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yg mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yg boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yg dirasakan oleh seorang wanita.
4. Lelaki boleh menerima penolakan dgn baik.
5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya utk menambat hati wanita...
6. Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool. hahaha
7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dgn situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
9. Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
11. Kebanyakan lelaki yg nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys!
12. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain dan berkata2 manis dngn lelaki lain xkirasama ada kwn.
13. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini... Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik.

14. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa...yang lain hanya kawan..:)
15. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
16. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti...
17. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
18. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

*Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!


credit to
Mohd Asraf,
SMK DARUL EHSAN

KeburukanProgram Realiti Tv

Menurut Mantan Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) Profeser Datuk Hamdan Adnan pernah menegaskan bahawa program realiti tv mampu menghapuskan tatasusila masyarakat Melayu dan Islam di Malaysia.
Masyarakat di timur terutamanyaMalaysia terkenal dengan adat dan ketatasusilaan. Program realiti tv yang banyak memaparkan adegan yang menjerumus kea rah budaya kuning dari barat mampumenghapuskan budaya ketimuran masyarakat islam di Malaysia. Contohnya, kita boleh lihatapabila seseorang peserta program nyayian tidak kiralah daripada Akademi Fantasiase hinggalah ke Mentor pasti ada adegan menangis dan berpelukan antara elaki dan perempuan padahal mereka bukannya muhrim. Menurut sebuah hadis:
Dari Ma¶qil bin Yassar, ia berkata, ³Rasulullah saw bersabda, ³Seandainya kepala seseorangditusuk dengan jarum besi, (itu) masih lebih baik daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya.´ (HR ath-Thabrani)
Adegan-adegan seperti inilah yang akan dipertontonkan ke seantero Malaysia danmampu merosakkan masyarakat terutamanya golongan remaja yang masih belum cukupdewasa dan matang untuk meintrepetasikan adegan yang mereka lihat. Ini sekaligus akanmeningkatkan kadar maksiat dalam kalangan remaja dan akan menghampiri zina.Sesungguhnya allah telah berfirman dalam surah Al-Israq ayat 32:
Maksudnya : ³Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). (32)´Masa itu emas, begitulah ungkapan yang diucapkan oleh masyarakat barat. Namun, bagi kita muslimin dan muslimah kita haruslah berpegang kepada prinsip masa itu kehidupandan masa itu ibarat pedang. Program realiti tv sememangnya sesuatu yang membuang banyak masa samada kepada penonton mahupun kepada peserta program itu sendiri. Ada pesertayangsanggup mengabaikan pelajaran atau berhenti dari kerja semata-mata untuk menyertai program yang lagha lagi membuang masa ini. Kita dapat lihat seluruh anggota keluarga akan berkumpul untuk melihat program realiti tv ini, tidak kiralah yang ibubapa sehingaalah keanak-anak mereka ³bapa borek anak rintik´. Sesungguhnya ini akan membuang masa belajar anak-anak tersebut. Allah tidak menyukai orang yang membuang masa dalam firmannya dalam surah Al-Asr :



Maksudnya :³demi masa (1), sesungguhnya manusia dalam kerugian (2), kecuali orang-orangyang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan salingmenasihati untuk kesabaran (3) ³.Berdasarkan ayat Al-Quran tersebut, adakah program realiti tv yang berorentasikanhiburan mampu melahirkan mukmin yang beriman mahupun yang melakukan kebajikan ataumenasihati kepada mukmin yang lain. Tidak sama sekali, kalau ada pun satu dalam seribu.Justeru ,program realiti tv ini boleh diklafikasikan sebagai sesuatu yang membuang masamasyarakat.Di samping tu kita, juga sering kali melihat ibu bapa yang marah dan naik anginapabila peserta yang mereka gemari tersingkir atau gagal ke peringkat seterusnya tetapiapabila anak-anak mereka sendiri gagal dalam pelajaran reaksi kedua ibubapa ini selambasahaja bagaikan tiada apa yang berlaku. Ini langsung tidak memotivasikan anak-anak tentang pentingnya pelajaran kepada umat islam. Rasullullah pernah besrsabda yang bermaksud ³tuntutlah ilmu sampai ke negeri China´. Ini menunjukan betapa pentingnya ilmu berbanding program reality tv yang bertujuan untuk hiburan tetapi lebih banyak melalaikan. Contaohnya,Diari Akademi Fantasia yang ditunjukkan pada setiap hari meamaparkan aktiviti haraian para peserta AF. Walaubagaimanapun, aktiviti yang ditunjukkan hanyalah berkisarkan tentangrutin tarian dan latihan nyanyian mereka. Tidak pula ditunjukkan mereka sedang bersolatmahupun membaca Al-Quran sedangkan kebanyakan daripada mereka adalh muslimin danmusimah. Solat tiang agama. Sepatutnya inilah yang menjadi keutamaan mereka.Aurat merupakan penting bagi muslimin dan muslimah. Kita dapat lihat aurat yangsering kali terdedah dalamrancangan reality tv terutamanya nyanyian. Ini sering kali berlakudalam kalangan peserta wanita. Perserta yang tidak menutup aurat inilah yang akan menjadi pujaan dan gilaan orang ramai dan seterusnya dijadikan sebagai idola masyarakat. Selepas ini masyrakat akan terikut- ikut idola mereka ini. Allah pernah berfirman dalam ayat 31 surahAn-Nuur:

Maksudnya: ³dan katakanlah kepada perempuan beriman, agar menjaga pandangannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali yang (biasa) terlihat. Danhendaklah menutup kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya), kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-lakimereka, atau putera-putera saudara perempuan, atau para perempuan (sesama islam), atauhamba sahaya yang mereka miliki, atau para pelayan laki-laki tua yang sudah tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan), atau anak-anak yang belum mengerti tentangaurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki agar diketahui perhiasan yangmereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu kepada Allah, wahai orang-orang beriman agar kamu beruntung´.Kadang kala kita akan dapat melihat peserta sesebuah rancangan realiti tv memakaitudung seperti Ila Damia dari program Mentor, serta Heliza dan Rini dari program AkademiFantasia.Memanglah cara pemakaian mereka boleh dipuji akan tetapi sikap atau perbuatanmereka ketika rancangan tersebut berlangsung tidak pula menunjukkan yang mereka inimerupakan muslimah yang unggul mahupun sejati yang boleh dijadikan rol-madel kepadagenerasi muslimah di luar sana. Suara merupakan aurat bagi seseorang perempuan yang beragama islam. Justeru, mengikuti dan menyertai program realiti tv yang memerlukansaudari tersebut melontarkan suara mahupun terpekik dan terlolong merupakan salah dan



ianya mendedahkan aurat saudari tersebut. Tempat kaum hawa sepatutnya di rumah melayankerenah suami dan anak-anak dan bukannya di atas pentas yang dilimpahi beribu cahayalampu dan mendedahkan kemaluan mereka (auratnya).Membazir merupakan suatu perbuatan yang tidak pernah diajar oleh Rasullullah dandikatakan seseorang yang membazir merupakan sahabat kepada syaitan. Allah berfirmandalam ayat 67 surah Al-Furqan.
Maksudnya : ³Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakanhartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut dan (sebaliknya) perbelanjaanmereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu. (67)´.Apa kaitannya pembaziran dengan program realiti tv ?. Sememangnya kaitannya begitu besar dan mampu memberikan impak kepada masyarakat. Afundi jarak nama pesertamahupun Mentor1 untuk satu undian adalah merupakan antara cara yang gunakan olehstesyen tv untuk meraih keuntungan. Kita dapat lihat kebanyakan program realiti tv di zamansiber ini banyak menggunakan undian melalui sistem pesanan ringkas atau lebih dikenalidengan SMS. Setiap SMS tersebut mampu menelan belanja sebanyak RM0.50 per SMS.Cuba anda bayangkan 100 SMS, kredit yang akan digunakan telah meningkat sehinggaRM50. Disinilah pembaziran wang akan berlaku. Wang yang disalurkan untuk menguntungkan stesyen tv dan syarikat telekomunikasi itu boleh digunakan untuk tujuan lainyang mendatangkan lebih banyak faedah berbanding dihabiskan untuk peserta kegemaranmereka yang tidak memberikan apa-apa pun pulangan kepada si pengundi walhal pesertayang diundi akan mendapat pelbagai hadiah lumayan jikalau berjaya memenangi programrealiti tv tersebut. Program One in A Million yang menawarkan hadiah utama wang tunai sebanyak sejuta ringgit telah melahirkan ramai jutawan ekspress.Mereka inilah yang akan bergelar jutawan padahal masyarakat yang sanggup menghabiskanwang saku mereka beratus-ratus ringgit hanyalah menerima ucapan terima kasih sahajadaripada peserta tersebut itupun kalau perserta terbabit teringat untuk mengucapkan terimakasih kepada peminatnya.Corak pemikiran manusia juga boleh berubah disebabkan oleh apa yang mereka lihatdi kaca televisyen. Mungkin para remaja yang masih belasan tahun senang terpengaruhdengan apa yang mereka lihat. Mereka ini masih belum matang dan harus diberi perhatian yang lebih. Program realiti sememangnya mampu mempengaruhi pemikiran anak-anak bangsa kita. Kita telah melihat pelbagai kelab peminat yang fanatic terhadap artis-artis meesegera ini berbanding dengan Qari dan Qariah Negara. Beribu-ribu peminat yang sanggupmenghabiskan masa dan wang demi artis yang mereka sayangi. Kita dapat lihat hampirberibu-ribu rakyat Malaysia yang telah menjadi ahli kelab artis mee segera ini di dalam facebook. Contohnya, sendiri fikir lar....



Sabanhari kita dapat melihat para remaja ini berlumba-lumba untuk menyertai program realiti tv ,padahal yang berazam untuk pergi ke masjid mahupun surau amatlah rendah bilangannya.Mereka ini lebih rela berpeluh dan bersusah payah ke tempat temuduga untuk menyertaisesuatu program realiti tv berbanding untuk bersusah payah untuk menyertai program ilmu,atau ceramah dan forum yang diadakan di surau mahupun masjid. Ini merupakan perkembangan yang tidak sihat akibat pengaruh rancangan realiti tv. Ada juga kes paraibubapa yang sanggup untuk tidak menghadiri majlis seperti kenduri dan hanya mahu duduk di rumah untuk melihat rancanngan realiti. Ini akan menjejaskan hubungan dan ukhwah sertasilaturahim di antara umat islam umumnaya dan diantara rakan-rakan dan yang paling penting saudara-mara khasnya. Jika sesuatu komuniti itu tidak bersatu padu maka untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berkerjasama amatlah susah. Semua ini disebabkan olehrancangan realiti tv. Pepatah melayu ada menyebut bersatu kita teguh bercerai kiat roboh.Allah juga berfirman supaya umatnya bersatu-padu dan tidak berpecah-belah dan Surah Al-Imran ayat103 ada menjelaskan:
Maksudnya : ³Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) danjanganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu(sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmatAllah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamuayat-ayat keteranganNya,supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya.(103)´Lebih 4.9 juta masyarakat melayu yang layak mengundi tidak daftar mengundi dalampilihanraya umum yang baru lepas ini. Walhal apabila disebut untuk mengundi pesertakegemaran mereka dalam program realiti tv, berlumba-lumba mereka ini menghabiskan masadan wang unuk mengundi artis mee segera ini. Ini mampu juga meruntuhkan sesebuah institusi kenegaraan.

Hedonisme merupakan budaya kuning yang cuba diterapkan masyarakat barat kepadaumat islam untuk melihat keruntuhan umat islam di dunia. Budaya seperti ini kebanyakannyadidalangi oleh rejim zionis Israel laknatullah. Hedonism bermaksud pegangan atau pandangan hidup yg mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup.

Mutakhir ini, pelbagai rancangan realiti tberunsur pergaulan mula diperkenalkan. Di Amerika Syarikat ,kita dapat lihat pelbagai rancangan seperti Beauty and the Geek, American idol danAmerican¶s Next Top Model yang dengan selambanya memaparkan pergaulan bebas antara pesertannya yang terdiri daripada kedua-dua jantina. Terdapat adegan-adegan panas jugaseperti berdua-duaan dan bercium. Pakaian yang dikenakan juga mencolok mata dan mampumenaikkan nafsu. Mungkin ini dianngap sesuatu yang biasa bagi masyarakat di baratterutamanya di Amerika Syarikat, tetapi bagaimana dengan masyarakat Malaysia yang majoritinya umat islam. Mungkin jika penyiaran rancangan realiti tv yang datangnya dari barat ini patut dihentikan kerena memberi impak yang negatif kepada umat islam di Negarakita. Kegilaan para remaja kepada rancangan-rancangan seperti ini mampu meningkat pergaulan-pergaulan bebas dan seterusnya mampu memesongkan akidah remaja tersebut.Hari ini kita dapat lihat beratus-ratus kes buang bayi berlaku di seluruh Negara. Tambahmengejutkan kebanyakan mereka yang terlibat adalah remaja-remaja islam belasan tahunsahaja dan ibubapa mereka juga seorang muslim dan muslimah yang tidak pernah mengajar anak-anak mereka tentang perkara tersebut. Apa yang mereka lihat dalam rancangan realiti tvdari barat merupakan antara sebab utama. Malaysia juga berjinak-jinak dalammemperkenalkan rancangan realiti tv seperti ini. Contohnya, Mencari Cinta dan CornettoLove¶ Perhaps.

credit to
Mohd Asraf,
SMK DARUL EHSAN

Cite Ciplak untuk tatapan umum

surat chenta tahap cipan mengandung


Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya

dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nak mamak ali khandaq yang juai sik lemax . skit punya berduyung beratuq berebut nak makan

nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua bagai ekor lembu jantan bertina dipunggung masing-masing. Kehadiranmu bersama gas-gas petronas, esso dan gas pelepas setelah makan telor rebus dan molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu macam ketagihan strawberry sisha..



Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin,boya tembaga,

kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut, kapor kasut

dan pasu bunga. Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka. Kau dan aku

umpama Kurt Cobain ciciak kobeng dan Rafeah Buang iji rasid yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet

Cap ayam Luku Liki Malu Desi itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma, penternak siput babi atau nama baru siput khindzirdi Taiwan. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur dengan menaiki proton saga tahun 1985 1.3 warna putih milik saudaramu ketika itu KL

sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.



Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah

secara besar-besaran di Lembah Klang dan secara total terkambusnya semua lubang-lubang lombong bijih . Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit murung selsema burung dan hepatitis-Q secara mengejut.

Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar yang hege dua puluh hengget yang separuh sirim setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi.



Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set dan rubber estate . Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita macam bil TNB tak terbayar. Aku bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu digua hantu kapur.



Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal bmx dan kipas

helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata

sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1

ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila

terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri

ini tidak diperlukan lagi dalam hidupmu..Yelah kau siapa dan aku nih siapa bagaikan burung unta yang tak pandai terbang dengan helang putih..yang gah gebu dan macam heroin arr atas langit biru..kan kan kan?



Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik dan pokok nyior dan pokok taugey untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren dan tin-tin minuman agar tiang rumah nampak lebih cantik

dan bunyian seram bila ditup angin. . Saban hari aku termenung di

dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku

cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu dan kekadang aku cuba memetik tali piano bagaikan sebuah guitar eric clipton alaa tuh penyajak macam a samad said tuh laa..hehehehe tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan kereta viva emak aku dan motor LC135 milik abang aku dan membelasah empat ekor itik serati, 7 ekor ayam serama , dua ekor kucing siam, 5 ekor hamster milik jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah...tanda protes..berpakaian bersih mengunakan Fab puteh bersih yang terbaru.



Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa

setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku

sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. akhirnya kau mencari gantiku..Kejam weyy!! sayangku..Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas kepala dan belakangku. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 275 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga hati aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini. Aku menangis tanpa air mata tapi hingus kuning pekat yang memeleh dibawah idungku..



Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya

insan biasa yang suka makan mi segera mee hao liau atau mee sedap . Aku bukan McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam atau Kluang Man atau Cicak man Aku juga bukanlah Sudirman seperti yang kau idam-idamkan. Perpisah terakhir menyedari kekurangan diri ku dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi nasi ayam dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput satu hari tarikhnya. dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam, enjin mesin rumput , enjin Sekoi telah dijual kira pakai kati dan duitnya aku belikan mesin pengering air mata...



Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini

aku tetap menunggu kau akan kembali sambil menoropong setiap kapal terbang yang lalu dilangit biru . Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah JusCo, SOGO,Gian dan TesCo , selagi ada kedai kasut selipar di sekitar

Gombak , selagi kumpulan Harian MeTRo tidak berpecah, aku tetap

menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari

bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil

keputusan mektamad untuk menunggu di tiang elektrik dihadapan rumahku

berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya

kepadamu. Nak tak? Tolong bagi alamat supaya dapat aku poskan diri ku ini bersama buah pokok letrik padamu...



Aku tahu semua ini kerana cintaku yang tersangat sayanggggggg giler pada mu..

kau tahu kan...macam screw yang ada pada hatiku longgar dan nak tercabut..

Lastest news aku tahu yang kau tinggal kat sebelah Pasaraya Maideen kat aberdeen..tunggu gua datang dengan batang penyapu terbang KRZ2000..gua cuwik dari harry potter yang tinggal dijalan kebuh bungah..penang garden..


credit to
Mohd Asraf,
SMK DARUL EHSAN

Zodiac Membantutkan Minda

Siapa pernah ikut atau percaya zodiac, orang itu mempunyai minda yang bantut (retarded). Dalam banyak-banyak kepercayaan karut, mempercayai zodiac atau horoscope atau ramalan astrology adalah hampir kepada tahap karut paling bawah sekali.


Di dalam suratkhabar the Star setiap hari ada zodiac. Ada seorang kenalan wanita di syarikat yang saya pernah bekerja, setiap hari membaca the Star. Saya agak pelik kerana dia bukanlah jenis suka membaca berita Inggeris, kalau baca suratkhabar Melayu pun cuma baca berita artis dan tips kecantikan sahaja. Satu hari dia memberitahu saya bahawa dia baca the Star untuk membaca zodiac. Oh patutlah, fikir saya di dalam hati.

Apa itu zodiac? Zodiac ialah kepercayaan bahawa jenis bintang kita (Virgo, Pisces, Scorpio, etc) akan memberi kesan kepada masa depan dan tindak tanduk kita, kerana dipengaruhi oleh pergerakan bintang-bintang di angkasa. Bintang kita ditentukan oleh tarikh lahir. Contoh amalan karut zodiac: kalau anda Capricorn, hari ini anda akan jadi ceria dan rajin. Anda sesuai dipasangkan dengan orang berbintang Leo, dan sila elakkan orang berbintang Aquarius. Adui, benda ni pun ada orang percaya. Adakah otak mereka hanya digunakan sebagai hiasan tengkorak semata-mata?

Saya pun bertanya kepada minah tersebut (dia juga suka membeli buku-buku berkenaan zodiac), “Apa faedah zodiac ni?”. Dia pun menjawab “Eh, saya baca je, bukan nya percaya pun. Tak baik kan percaya benda-benda karut ni”. Tau pulak karut. Mungkin dia baca zodiac sebagai hiburan sahaja, fikirku yang mencuba bersangka baik terhadapnya.

OK, kita ketepikan perbincangan mengenai hukum mempercayai zodiac dari aspek Islam, kerana mungkin ada pembaca yang bukan beragama Islam. Dan saya juga minta maaf kalau ada yang offended kerana mereka percaya kepada zodiac disebabkan budaya mereka (*cough*yearoftiger*cough*). Yang saya ingin tekankan di sini ialah bahawa kepercayaan kepada zodiac adalah karut, tidak rasional, dan sesiapa yang mempercayai zodiac dapat mempengaruhi kehidupan, masa depan, dan perangai manusia, adalah berakal rendah.

Jika anda tidak sedar kekarutan kepercayaan zodiac, sila bayangkan dialog berikut di sebuah hospital bersalin:


Ibu Mengandung: Doktor, rasa-rasa bila anak saya ni nak keluar?

Doktor: Mungkin esok.

IM: Esok berapa haribulan ya?

Doktor: 22 Julai.

IM: Alamak, doktor, tak boleh ke lewatkan sehari…biar dia lahir 23 Julai…tolongla doktor…

Doktor: (pelik) Aik, mana boleh sumbat lubang tak bagi keluar.

IM: Tolong la doktor…please…

Doktor: Kenapa ni? Tak pernah saya dengar orang mintak benda pelik macam ni.

IM: Kalau anak saya lahir 22 Julai, nanti dia Cancer. Mengikut pengamal zodiac, orang Cancer ni (sambil menyelak buku zodiac) “like their astrological symbol – the Crab – Cancers can appear hard and insensitive on the outside” dan “they can cut to the bone with their jealous remarks and ever-changing moods”…

Doktor: (di dalam hati) What the fuck…

IM: Kalau anak saya lahir 23 Julai, anak saya jadi Leo, dan orang Leo ni “born fortunate. Charismatic and positive-thinking they attract not only an abundance of friends and opportunities, but manage to survive life’s stormy times with style and good humour.” Tolongla doktor, kasi dia lewat sehari…

Doktor: Kalau awak percaya sangat zodiac ni, beli je buku lain. Kalau buku lain, dia punya ramalan lain pulak. Awak cari la buku zodiac yang kata orang Cancer ni bagus, cantik, baik, berilmu, beriman dan sebagainya. Dalam beratus-ratus buku zodiac takkan semua kata Cancer ni tak bagus.

IM: Eh bukan boleh pilih-pilih macam tu doktor, zodiac ni asalnya dari pergerakan bintang dan bulan, dan juga tarikan gravity yang mempengaruhi permukaan bumi, dan seterusnya mengimbangi aura dan chakra seseorang, dan menurut ramalan ahli astrologi bla bla bla (memberi ceramah pseudoscience kepada doktor)

Doktor: Sah kau ni bangang. Kalau aku tau, 9 bulan lepas aku suruh kau makan pil perancang. Nanti dapat anak pun jadi bodoh macam mak dia. Engkau ni lah jenis manusia yang memperbanyakkan genetik bodoh dalam masyarakat.



Sumber : http://suhaimiramly.wordpress.com/2010/02/21/zodiac-membantutkan-minda/


credit to
Mohd Asraf,
SMK DARUL EHSAN

Pemakaian legging atau jeans sendat dikalangan wanita...

Pemakaian legging atau jeans sendat dikalangan wanita...




Legging-legging atau jeans sendat....lama2 aq sakit hati lak tngk wanita zaman skrng...aq xphm tol...

erm pernah tak korang jumpa perempuan yang memakai seluar ketat atau bahasa lain yang selalu digunakan, LEGGING..?? Apa perasaan anda apabila selisih dengan korang..?? Tergiur..??

Pemakaian LEGGING adalah bertentangan dengan konsep aurat wanita Islam..


Legging xsesuai dipakai di tempt awam kerana :

-fabrik yg nipis,lembut dan jarang

-terlalu ketat mengikut alur bentuk kaki dan punggung.


Dunia hampir kiamat.. Dulu, Wanita Kafir saja yang berani berSEKSI di tempat awam, sekarang ini Wanita-wanita Islam yang berpakaian seksi dan ketat pula senang dijumpai di tempat-tempat awam Malaysia, malah di bulan Ramadhan pun mereka tidak malu.. Apa nak dikata.. Baju dan seluar yang tak cukup size di lebih murah, kat pasar malam sehelai RM20 pon boleh dapat dah..

Apa yang sangat memalukan kita ialah golongan Wanita Islam ini menganggap TUDUNG adalah FESYEN bukannya perintah Allah.. Maka, dengan sesuka hati, mereka menggabungkan TUDUNG dan pakaian yang HARAM kerana mahu kelihatan anggun, cantik, seksi dan bergaya.. Seriously aq tak sokong pekaian shawl sekarang ni.. Kebanyakkannya menampakkan dada..and bila dak2 laki tngk pompuan yg pakai ketat2 marah lak...asl lak nk mrah dh korang bgi free show...so korang xleh ar nk mrah2 sendiri tanggung malu ar....and yg pkai ketat2 nie ar menyebbkn bnyk kes sosial seprti rogol bnyk berlaku...coz pakai yg mengahairahkn.....pastu terjadi lah zina...ish2...



Sabda Rasulullah s.a.w

"Umatku akan sentiasa baik selagi belum lahir anak zina di kalangan mereka. Jika anak zina sudah tersebar di kalangan mereka, maka aku bimbang Allah akan menimpakan azab-Nya kepada mereka."



Hadis riwayat Imam Ahmad



Contohnya :

Tudung/shawl + Baju sendat + Jeans Ketat

Tudung/shawl + legging

Tudung/shawl + kebaya

Tudung/shawl + Tshirt lengan pendek



Menurut pandangan Iman muda Asyraf yg aku baca dia ada berkata....



Iman Muda Asyraf say :

Islam tidak mengharamkan secara total apa yang dinamakan dengan fesyen. Ianya juga meraikan sesiapa yang menghendaki gaya penampilan yang kemas dan cantik. Kerana imej seseorang itu terletak pada cara ia mengenakan pakaian. Malah Islam juga tidak menggalakkan umatnya kelihatan selekeh dari pandangan mata umum. Ianya seolah-olah menggambarkan sikap umat Islam itu amat rendah pada peri pentingnya keterampilan yang kemas dan cantik. Malah Allah SWt lebih menyukai hambaNya yang bijak menggunakan nikmat kurniaannya sebagai tanda bersyukur.

Namun dalam masa yang sama, kekemasan dan kecantikan itu bukanlah suatu yang tidak didasari oleh peraturan dan ketetapan yang disediakan oleh Allah SWT. Malah kecantikan itu pula mestilah tidak dituruti bersama dengan sifat riya’ mahupun takabbur dengan kecantikan dan kekemasan pakaian yang dikenakan.

Imam Muslim meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :



“Tidak masuk syurga seorang yang ada sifat takbur dalam hatinya walau sebesar biji sawi”.

Lalu bertanya seorang lelaki :



“Jika seorang lelaki suka memakai pakaian yang cantik dan memakai kasut yang lawa, adakah dia juga dikatakan takabbur?”.



Baginda menjawab :



“Tidak! Allah itu cantik dan Ia sukakan kecantikan. Yang dikatakan takabbur itu ialah enggan menerima kebenaran (iaitu sombong terhadap kebenaran) dan memandang rendah terhadap manusia”.

Selain dari penjagaan aurat, Allah menjadikan pakaian juga sebagai perhiasan bagi si pemakai. Maka perhiasan itu suatu yang tidak menyalahi hukum malah ianya merupakan fitrah seorang insan. Ini dinyatakan di dalam surah al-A’raaf ayat 26 yang bermaksud :



“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (libaasa) pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk (wariisya) perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat”.





Menurut Tafsir Jalalain’, “اLibaasa” dalam ayat tersebut ialah pakaian bertujuan untuk menutup aurat. Adapun “Wariisya” ialah apa yang diambil atau dipakai supaya nampak cantik pada luarannya, iaitu bertujuan untuk perhiasan. Menutup aurat adalah sebagai keperluan asas. Sementara yang keduanya iaitu perhiasan adalah sampingan kepada tujuan pakaian.

Pakaian adalah nikmat Allah untuk melindungi badan manusia, menutup aurat mereka dan juga sebagai perhiasan bagi mereka. Fungsi-fungsi pakaian ini dijelaskan oleh Allah di dalam al-Quran Surah an-Nahl, ayat 81 maksudnya :



“Dan Allah menjadikan bagi kamu pakaian-pakaian yang memelihara kamu dari panas dan sejuk, juga pakaian-pakaian yang memelihara kamu semasa berjuang



Seluar kebiasaannya merupakan pakaian bagi lelaki. Namun ianya juga mula dipakai oleh golongan wanita. Sehinggakan terdapat sebahagian pendapat dari ulama yang mengharamkan secara terus pemakaian segala jenis seluar bagi wanita. Walaubagaimanapun ramai juga dikalangan ulama yang membenarkan pemakaian seluar kepada wanita berdasarkan jenis seluar yang dipakai.

Terdapat juga kesalahan segelintir mereka yang menyalahgunakan dalil hadis Nabi SAW sehinggakan mereka berpendapat wanita itu lebih mulia jika memakai seluar. Ini disebabkan salah faham mereka kepada maksud hadis yang diriwayatkan oleh Al-Uqayli, Dar al-Qutni dan kitab Kanzul Ummal iaitu :



“Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang”



Sedangkan hadith ini berlaku pada satu ketika ada seorang wanita yang jatuh dari kenderaan sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya. Maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu Rasulullah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. (Al-Bayan wa At-Ta’rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)

Jika diteliti hadith dari Ibnu Abbas RA, Nabi SAW bersabda,” Sesiapa yang tidak ada sarung, hendaklah memakai seluar panjang.” (Riwayat Bukhari)

Hukum ini umum, bagi membolehkan perempuan dan lelaki memakai seluar. Asalkan seluar perempuan hendaklah berbeza dengan seluar lelaki kerana mereka tidak boleh sama dalam bentuk penampilan diri berasaskan sabda Nabi SAW dari Ibnu Abbas maksudnya :



“Rasulullah melaknat ke atas lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.”(Riwayat Bukhari)



Menurut Syeikh Atiyyah Saqqar, Mantan Pengerusi Lajnah Fatwa Al-Azhar Al-Syarif didalam kitab Mausuah al-Usrah katanya :

“Pada dasarnya seluar panjang itu lebih kemas menutup aurat lelaki dan perempuan, dan tidak ada aib celanya seluar panjang yang dipakai mereka sekarang ini. Cuma bagi perempuan pula ia menonjolkan dan memperlihatkan anggota badan dan punggungnya dengan rupa yang menggiurkan sekalipun tidak berwarna-warni yang mengundang perhatian. Kalaulah seluar perempuan itu berwarna-warni tetapi dipakaikan pula di luarnya kain yang menutupi anggota-anggota yang boleh menimbulkan fitnah di samping tidak kelihatan rupa bentuknya (dari dilihat dan diketahui orang lain) maka sudah tentu hukumnya tidak mengapa



Ini bermaksud wanita dibenarkan memakai seluar dengan menepati syarat penutupan aurat yang sebenar.

Permasalahan yang muncul adalah trend anak muda yang semakin ramai mengenakan seluar yang terlalu ketat sehinggakan menampakkan tubuh badan mereka. Seluar yang dimaksudkan ialah seluar yang dipanggil ‘legging’ dalam bahasa inggerisnya. Seluar ketat ini terkadang dilihat dipakai oleh wanita yang bertudung. Ianya dengan jelas menampakkan bentuk aurat wajib yang ditutup. Sehinggakan pemakainya menonjolkan bentuk tubuh seperti betis, peha dan kemaluan dengan ketara.

Dalam isu pemakaian seluar ketat bagi lelaki menjadi perbincangan para ulama. Antara yang mengharamkan pemakaian seluar ketat dengan tidak mengira lelaki mahupun perempuan ialah Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hassan didalam kitabnya Al-Qaul Al-Mubin fi Akhtha’ Al-Mushallin mengatakan bahawa :



“Majoriti pemuda-pemuda yang menamakan dirinya remaja Muslim, mereka mengingkari wanita-wanita yang berpakaian ketat, kerana membentuk tubuhnya. Sementara pemuda ini sendiri lupa dirinya yang turut sama melakukan perbuatan tersebut. Tidak ada perbezaaan antara seorang wanita yang berpakaian ketat dan seorang lelaki yang memakai seluar yang membentuk tubuh, kerana keduanya sama-sama membentuk kedua punggungnya. Sedangkan punggung lelaki dan punggung perempuan adalah aurat, keduanya sama hukumnya.



Namun sebahagian pandangan dari Mazhab Syafie yang mengharuskan bagi lelaki. Asalkan ianya tidaklah sehingga menampakkan bentuk kemaluan mereka. Jika ternampak bentuk kemaluan maka ianya jatuh kepada hukum haram.

Tetapi majority para ulama bersepakat dalam melarang wanita memakai pakaian yang ketat seperti ‘legging’. Ini kerana jelas daripada hadis Rasulullah SAW yang memberi gambaran larangan terhadap wanita yang menampakkan tubuh badan mereka walaupun berpakaian. Hadis riwayat Muslim dari Abu Hurairah RA berkata :

“Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya, dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepadanya. Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian sekian jauh”.



Di dalam hadis di atas, Nabi s.a.w. menegaskan; salah satu golongan yang akan menjadi ahli neraka ialah wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, yakni mereka berpakaian tetapi di sisi agama mereka sebenar tidak berpakaian. Ia merangkumi yang berikut :

1. Wanita-wanita yang memakai pakaian yang nipis yang masih menampakkan kulit atau bayangan tubuh mereka. Mereka berpakaian pada nama, namun telanjang pada hakikatnya.

2. Memakai pakaian yang menutup sebahagian aurat dan mendedahkan sebahagian lagi (yakni tidak menutupkan secara menyeluruh kawasan aurat yang wajib ditutup).

3. Memakai pakaian yang ketat atau sendat hingga menampak bentuk tubuh.

Berkenaan dengan hal tersebut, Imam Ahmad telah meriwayatkan dalam Musnadnyadengan sanad yang agak lemah dari Usamah bin Zaid RA seraya berkata,”Suatu ketika Rasulullah SAW memberiku pakaian buatan daerahQibthi iaitu salah satu jenis pakaian dan aku memakaikannya kepada istriku, makaRasulullah SAW bersabda, “Perintahkanlah kepadanya supaya memakai kain tebal di bawahnya (sebagailapisannya), karena aku khuatir lekuk tulang-tulangnya akan tampak.” Hadis riwayat Ahmad(21279)

Kesimpulannya disini, pemakaian legging amatlah ditegah sama sekali. Kerana ianya seolah-olah benar seperti apa yang dimaksudkan oleh hadis nabi SAW, wanita berpakaian namun telanjang. Fesyen itu tidak salah. Namun salah memilih cara berfesyen itulah membuatkan diri dimurkai. Jangan kerana fesyen, maruah tergadai.

Maaf dengan tajuk diatas. Kerana bukan saya sahaja suka, semua lelaki juga tergoda. Tidak semestinya lelaki tergoda, maka lelaki akan sukakan ia. Kerana anda lebih bijak membezakan antara lelaki yang tergoda dan lelaki yang terjatuh cinta. Jangan salahkan pencuri yang merampas harta anda, jika anda sendiri yang memberi kunci kepadanya.





sumber : http://www.imamudasyraf.com/v1/?p=342


credit to
Mohd Asraf,
SMK DARUL EHSAN

RAHMAT ATAU LAKNAT????

RAHMAT ATAU LAKNAT????


Allah SWT menyuruh kita hamba-hambanya agar sentiasa melakukan apa yang disuruh-Nya dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya.Maka selaku manusia yang ditugaskan menjadi khalifah Allah, wajib ke atas kita menjalankan perintah Allah itu tanpa rasa malas, angkuh dan sombong atau dengan lain perkataan menderhakai Allah dengan melakukan berbagai kemaksiatan di muka bumi ini. Sesungguhnya apabila kemurkaan Allah menjelma akibatnya amat dahsyat sekali sebagaimana yang telah berlaku pada kaum ‘Add yang hanyut dengan seribu satu kemaksiatan hingga pada suatu ketika telah datang kepada mereka awan mendung dan mereka berkata:”Inilah awan-awan yang akan menurunkan hujan bagi kita...” Namun ternyata bahawa hal yang sebaliknya berlaku di mana kebaikan yang mereka sangkakan akan mendatangi mereka sebenarnya adalah satu bala (malapetaka) yang diturunkan Allah akibat dari kejahatan yang mereka lakukan. Mengingatkan hal inilah, Rasulullah saw. akan merasa resah gelisah setiap kali awan mendung berarak, memikirkan sama ada ia merupakan satu rahmat atau satu laknat daripada Allah SWT. Oleh itu sebagai umat Islam, kita ini hendaklah sentiasa beringat dan menjauhi perkara yang mengundang kemurkaan Allah SWT. Lebih-lebih lagi di akhir zaman ini, berbagai-bagai malapetaka alam yang terjadi seperti gempa bumi, taufan, letupan gunung berapi, banjir besar, ombak besar dan sebagainya berlaku dan sesungguhnya segala peristiwa tersebut sebenarnya mempunyai pengajaran (mesej) yang tersendiri untuk umat manusia seluruhnya di mana hanya manusia yang benar-benar beriman dan beramal soleh serta yang diberi taufik dan hidayah sahaja yang akan sedar dan mengambil iktibar daripadanya.






Dari ‘Atha’ bin Abu Rabah r.a katanya, dia mendengar Aisyah isteri Rasulullah saw. bercerita:”Bila angin bertiup kencang dan langit mendung berawan banyak, tampak kegelisahan di wajah Rasulullah saw sehingga baginda maju mundur (berjalan mundar-mandir). Apabila hujan telah turun wajah baginda berubah menjadi gembira dan hilang kegelisahannya. Berkata Aisyah:”Aku bertanya kepada baginda, apa yang menyebabkan baginda gelisah sebegitu rupa.” Jawab baginda,:”Aku khuatir kalau-kalau angin dan mendung itu menjadi laknat yang ditimpakan kepada umatku. Tetapi bila hujan telah turun maka hal itu adalah rahmat.” hadis diriwayatkan oleh muslim... ^_^


credit to
Mohd Asraf,
SMK DARUL EHSAN

Saturday, May 28, 2011

Kurangkan kelukaan hatiku, tambahkan kesabaran dalam jiwaku

Rasanya da berapa minggu tak update blog. Rindu sangat2 pada blog ni.. Kenapa tiba2 nak update blog?? Macam penting je? Ditambah dengan tajuk entri yang sebegini.. Kenapa ya?? Tiada apa2 pun sebenarnya. Cuma saya ingin memujuk hati dan perasaan saya yang tidak berapa stabil ni.. Sukarnya hendak mendidik hati dan jiwa. Oh tuhan.. Mereka tidak tahu betapa terlukanya hati ini. Perasaan ini bagai dihiris.. Namun apakan daya. Aku hanya insan biasa... Sampai
Bila harusku begini??

Eh2.. Bermadah pula.. Saya tulis macam tu sebab nak ubat hati yang lara.. Tulis kat blog. Cerita semua masalah saya. Rasa kurang sikit beban. Seperti selalu orang cakap. ''Kalau ada masalah, bawa berbincang. Tak pun kongsikan dengan seseorang.'' macam saya.. Tapi saya kongsi dengan blog saya,bukan dengan seseorang..
Haha.. Ada orang kata saya gila?? Menulis seorang2 tiada siapa baca. Biarkanlah. Saya tak kisah. Yang penting saya dapat kurangkan kelukaan dihati ini disamping memupuk sifat sabar agar lebih kuat lagi.. Kadangkala saya rasa tak berdaya,
Tapi saya kena cuba.

Ya Allah,
KURANGKANLAH KELUKAAN HATIKU DAN TAMBAHKANLAH KESABARAN DALAM JIWAKU.. Amin..

Saturday, May 14, 2011

Terlanjur Menyintaimu


Harriz. Satu nama yang cukup aku kenal satu ketika dahulu. Dia pernah menjadi suami aku. Suami yang bergelar hanya pada nama tapi tidak pernah memiliki sepenuhnya jiwa dan hati aku ketika itu. Perkahwinan yang berlandaskan kertas putih dengan seribu perjanjian yang boleh menjatuhkan maruah seorang suami. Aku tahu, Harriz tidak pernah mempersetujui dengan apa yang aku lakukan sebelum kami mengikat tali perhubungan yang suci.

Namun, kerana sayang dan cintanya pada aku dia menerima niat aku tanpa sebarang bantahan yang keluar dari mulutnya. Kenapa Izham tidak seperti Harriz? Sungguh berbeza nilai dan peribadi mereka antara satu sama lain.

Harriz terlalu baik tapi hati aku tidak dapat menerima cintanya. Kenapa?.....Dia cukup sempurna untuk menjadi seorang suami dan pemimpin yang boleh menjaga aku sehingga ke akhir hayat. Adakah aku yang terlalu bodoh untuk menolak cintanya yang tulus dan ikhlas menyayangi aku, atau keegoan aku yang menguasai diri.

“Saya menerima awak bukan atas paksaan sesiapa tapi hati ini yang ikhlas mencintai awak. Saya tahu taraf awak dan saya berbeza ibarat langit dan bumi tetapi untuk membahagiakan awak, itu adalah jaminan saya sebagai bukti bahawa saya menyayangi awak. Walaupun kontrak kita hanya setahun tapi cinta saya sampai ke mati.

”Biarpun kita akan berpisah nanti, namun untuk menghilangkan ingatan saya terhadap awak adalah amat sukar. Sekali saya dah letakkan awak dalam hati saya bermakna awaklah gadis pertama dan terakhir yang saya cintai walau awak membenci saya seumur hidup awak……”

Kata-kata itu masih aku ingat sampai sekarang. Keegoan aku ketika itu mulai luntur tapi hati aku keras. Aku menolak cintanya mentah-mentah kerana bagi aku, lelaki mudah mengeluarkan kata-kata manis namun untuk membuktikannya adalah satu dalam sejuta. Aku tidak mempercayai Harriz.

Bagi aku, Izham lelaki pertama yang mencuri hati aku adalah terlalu sempurna untuk aku. Aku bertemu dengan Izham sewaktu kami menyambung pengajian di London. Izham bijak memainkan kata-katanya dengan rupa parasnya yang kacak itu untuk menambat hati aku. Hanya dunia sahaja yang tahu bagaimana gembiranya hati aku ketika itu dapat berpasangan dengan Izham , seorang lelaki yang menjadi rebutan gadis-gadis lain di luar sana.

Hampir dua tahun hubungan kami terjalin. Tiada sebarang masalah di antara kami sepanjang perhubungan itu. Pertengkaran kecil adalah perkara biasa bagi kami. Seringkali juga kawan-kawan aku menasihatkan supaya berpisah dengan Izham kerana dia bukanlah seperti apa yang aku sangka. Dia adalah Romeo. Banyak kali mereka terserempak dengan Izham bersama gadis-gadis lain. Aku yang bodoh kerana tidak pernah percaya dengan kata-kata mereka.

Pada fikiran aku ketika itu, mereka terlalu cemburukan aku. Itulah sebabnya mereka memfitnah Izham supaya hubungan kami putus dan mereka boleh mengambil kesempatan memenangi hati Izham. Sehinggakan aku hampir hilang kawan hanya semata-mata kerana terlalu mempercayai Izham.

Selepas tamat pengajian, aku pulang ke Malaysia. Izham masih di London kerana tempoh pengajiannya ada lagi setahun. Ketika itulah detik hidup aku bersama Harriz bermula. Aku telah dijodohkan dengan Harriz oleh ayahku.

Entah mengapa, ayah terlalu sukakan Harriz sedangkan Harriz hanyalah pekerja bawahan ayah. Dia bukanlah dari keluarga yang senang dan setaraf dengan kami. Namun, ayah tidak mengambil kira itu semua.

Kata ayah, Harriz mampu menjaga aku sebagaimana ayah dan ibu menjaga, mendidik dan membesarkan aku. Dia percayakan Harriz sehinggakan dia pernah berkata segala hartanya termasuk aku akan diserahkan kepada Harriz andai satu hari nanti dia pergi buat selama-lamanya. Kepercayaan ayah terhadap Harriz memang tiada batasan, begitu juga dengan ibu. Aku tahu, ayah ada penyakit yang kronik iaitu sakit jantung dan darah tinggi. Aku tak sanggup untuk menolak permintaan ayah. Mereka adalah segala-galanya untuk aku.

Betapa perit dan payahnya mereka membesarkan aku. Ayah juga bukanlah dari keluarga yang senang tetapi berkat kerajinan dan semangat ayah yang tinggi serta dorongan ibu membuatkan aku dapat menikmati hidup ini dengan segala kemewahan yang tak dapat aku bayangkan. Tapi, aku juga inginkan kehidupan aku sendiri.

Berhari-hari aku memikirkan keputusan ayah samada untuk menerima atau sebaliknya. Kesihatan ayah tidak mengizinkan aku untuk berfikir lama.

Akhirnya, persetujuan dibuat dan dalam diam-diam aku juga turut membuat perjanjian dengan Harriz lelaki yang tidak pernah aku temui. Aku bencikan Harriz kerana aku menyangka Harriz bukanlah seperti apa yang ayah bayangkan. Dia mungkin mempunyai rancangan yang besar untuk merampas kekayaan kami dengan mengahwini aku dan berpura-pura baik di hadapan ayah dan ibu.

“Selepas kita bernikah, saya haramkan awak untuk menyentuh saya. Kita hanya berlakon di hadapan ayah dan ibu saya begitu juga dengan keluarga awak. Selepas setahun, awak ceraikan saya. Ini dah termaktub dalam perjanjian kita.”

Aku tidak berani memandang wajah Harriz ketika kami berjumpa buat pertama kalinya di sebuah restoran. Aku akui, Harriz memang tampan orangnya malah lebih kacak daripada Izham. Sedikit sebanyak hati perempuan aku mulai cair namun aku pantas melarikan fikiranku pada perkara yang lain. Harriz merenung aku tanpa berkelip mata. Aku gelabah. Langsung tidak dibaca perjanjian MOU yang aku letak di hadapannya. Sakit hati aku dibuatnya ketika itu. Aku kuatkan semangat untuk memandang Harriz dan cuba berlagak serius.

“Tuhan kurniakan mata untuk melihat apa yang ada di hadapan kita. Saya dah letakkan fail perjanjian kita di hadapan awak. Takkan awak tak tahu nak menggunakan mata awak tu untuk melihat apa yang patut?” Aku memerli Harriz. Dia cuma tersenyum. Masih tidak puas menatap wajah aku. Seluruh pelusuk wajahku dijajahnya.

“Memang Tuhan anugerahkan mata untuk melihat. Sekarang, saya sedang melihat satu lagi anugerah Tuhan yang diberikan kepada saya. Kecantikan yang tidak pernah saya bayangkan, tapi sekarang baru saya tahu bahawa sungguh indah alam ini dengan adanya wanita secantik awak, Nurul Ain Bt Hamdi…” Ungkapan pertama keluar dari mulut Harriz.

Aku tersedak, hampir tersembur fresh orange yang sedang kuminum. Pantas tanganku mencari tisu di dalam beg tangan. Harriz masih tersenyum. Merah padam muka aku menahan malu. Bijak sungguh Harriz bermain dengan kata-kata. Aku hampir terpedaya dengan pujiannya. Ahh…Lelaki, semuanya sama…

“Tapi sayang, awak tidak menggunakan kecantikan awak itu untuk melambangkan hati awak. Buat pengetahuan awak, saya ini bukanlah seperti apa yang awak bayangkan. Niat saya ikhlas untuk memperisterikan Nurul Ain Bt Hamdi. Jangan kerana awak kaya dan hidup mewah, awak takut saya akan merampas semuanya itu dari tangan keluarga awak. Terus terang saya katakan, seandainya awak ini adalah gadis cacat yang kudung tangannya atau bisu mulutnya saya tetap akan mengahwini awak walau awak miskin sekalipun.

”Bagi saya, harta boleh dicari tapi cinta yang tulus suci hanyalah wujud sekali dalam hidup kita dan awak adalah wanita yang berada di dalam hati saya sekarang sehinggalah saya tidak bernafas lagi di atas bumi bertuah ini.” Harriz tersenyum lagi.

Aku pula tergamam. Macam mana dia boleh mengenali aku sejauh begitu. Kata-katanya kedengaran seolah-olah kami pernah berjumpa. Tapi, aku rasa tidak kerana inilah kali pertama aku melihat wajahnya. Sungguh pelik orang ini. Harriz membuka fail biru itu.

Tanpa dibaca walau sebaris ayat pun, dia mengambil pen dari poket bajunya lantas ditandatangani MOU tersebut.

“Awak tak berniat nak baca MOU itu sebelum awak sign?” Aku memberanikan diri untuk bertanya pada Harriz. Sekali lagi dia memandang aku dengan pandangan yang penuh bermakna baginya.

“Kalau saya baca, adakah niat awak itu akan berubah untuk menerima saya bagaimana ikhlasnya saya menerima awak?” Terperangkap lagi aku dengan kata-katanya.

Entah kenapa di mana hilangnya marah aku dan semangat aku ketika itu. Lelaki ini benar-benar lain. Tidakkk!!…..Aku bukan mudah untuk menerima dia. Cinta aku pada Izham masih kuat. Harriz bangun. Air minuman yang dipesan tidak disentuh, masih suci sepertimana aku.

“Assalamualaikum….” Itulah kata-kata terakhir yang diucapkannya sebelum meninggalkan restoran itu. Aku terpinga-pinga. Pelik dan aneh lelaki ini.

Sebelum aku berjumpa dengan Harriz, terlalu banyak kemusykilan tentangnya yang berlegar-legar di dalam fikiran aku. Kini pada pertemuan pertama kami, semakin bertambah kusut fikiran aku memikirkan tentang Harriz.

Siapakah dia sebenarnya? Apakah yang dia mahu daripada aku? Atau adakah dia memang benar-benar tulus mencintai aku. Ahhhhh….makin difikir, makin pening aku dibuatnya.


****************

Kini, telah hampir seminggu aku menjadi isteri kepada seorang lelaki yang tidak aku cintai. Majlis perkahwinan yang diadakan amat meriah tetapi aku tidak merasai keseronokan itu. Mungkin Harriz juga begitu. Perhubungan aku dan Harriz memang terbatas. Itu adalah syarat aku sendiri sebelum Harriz melafazkan akad nikah.

Kami hanya berpura-pura mesra di hadapan ibu dan ayah tetapi di sebalik tabir kehidupan kami, tidak wujud kemesraan tersebut. Harriz benar-benar memberi kerjasama yang baik. Kadangkala simpati aku menjengah di hati kecilku. Pernah aku menasihati dia supaya melepaskan aku sebelum tamat kontrak perkahwinan kami tapi Harriz bukanlah lelaki yang senang dipujuk rayu.

“Saya seorang yang menepati janji. Walau hati ini berat untuk berpisah dengan awak, saya tetap akan patuhi syarat awak bahawa kita hanya bercerai selepas tamat tempoh kontrak. Awak sendiri tahu bagaimana perasaan saya pada awak. Tidak munasabah andai saya menceraikan awak sekarang. Kalau boleh, saya mahu takdir membuka pintu hati awak untuk menerima cinta saya dan menyayangi saya sebagaimana tulus dan sucinya cinta saya terhadap awak.”

Tiba-tiba Harriz memegang tangan kananku ketika aku sedang mengikat rambut lantas diciumnya perlahan seolah-olah aku ini bagaikan puteri yang sedang berhadapan dengan rakyat biasa. Berderau darahku ketika itu. Aku menjarakkan diri. Bulat mataku memandangnya. Tanpa segan renungan Harriz semakin tajam memandang ke arah aku. Aku gementar. Rasa marah dan geram wujud dalam diri ini. Harriz cuba untuk memperdayakan aku dengan kata-kata manisnya.

“Tolong jangan bersikap kurang ajar! Sudah cukup selama ini saya bertahan dengan sikap dan perangai awak!! Awak jangan umpan saya dengan kata-kata manis awak tu. Saya tak akan terpengaruh. Kontrak tetap kontrak. Biarpun setahun atau dua tahun atau selama-lamanya, saya tidak akan mencintai awak atau belajar untuk menyintai awak!!

”Cinta saya hanyalah untuk Izham. Awak tahu bukan? Izham lebih dahulu hadir dalam hidup saya tapi awak merosakkan segala-galanya dengan memperalatkan ayah dan ibu saya. Saya bukan macam mereka. Itu sahaja yang awak perlu tahu!!” Bentakku tiba-tiba dengan penuh berani.

Aku sendiri terkejut dengan tindakan aku. Dari mana aku dapat kekuatan untuk melawan perasaan aku? Aku memaling ke arah lain. Terasa semangat untuk mempertahankan diri wujud dalam diri ini. Mungkin kerana rindu aku pada Izham semakin kuat dan kesalahan aku pada Izham juga berat.

Harriz hanya diam. Sedikit sebanyak nampak juga perbezaan di raut wajahnya yang mungkin terkejut dengan kata-kata amarahku yang tiba-tiba.

“Maafkan saya kerana buat awak marah. Saya tak ada niat untuk menyakitkan hati awak, Nurul Ain. Saya harap kita masih boleh jadi kawan,” ringkas sahaja kata-kata Harriz kali ini. Aku masih tidak memandang wajah Harriz.

“Nampaknya dah masuk waktu solat Isyak sekarang. Mari, kita berjemaah,” pelawa Harriz lembut. Aku memandang wajahnya.

Dia tersenyum, “saya tunggu di bilik.” Harriz berlalu pergi meninggalkan aku di ruang tamu. Perasaan marahku sudah reda. Malu pun ada bila mengenangkan kembali kemarahan aku yang berapi-api itu. Nampaknya Harriz masih boleh buat muka selamba sedangkan sudah berbakul-bakul aku memarahinya sepanjang dia duduk di rumahku.

Tidak tahu bagaimana lagi untuk aku mewujudkan rasa benci dalam diri Harriz supaya dia membenci aku. Kini, perkahwinan kami sudah hampir 3 bulan. Ayah dan ibu pula sudah bertanya tentang keadaan kesihatan aku. Itu tidak lain dan tidak bukan mesti berkaitan dengan hal anak.

Bagaimana aku nak memberitahu mereka bahawa aku ini masih suci lagi. Harriz tidak pernah menyentuh aku walaupun dia berpeluang. Dia benar-benar mengikut segala kontrak yang ditulis oleh aku itu supaya tidak menjalinkan apa sahaja hubungan dengan aku. Aku bertambah bingung. Segala apa yang aku lakukan semuanya tidak menjadi. Harriz masih lagi menyayangi dan menyintai aku.

Aku dah tak tahu nak buat apa. Aku rindukan Izham di saat-saat begini. Aku kesunyian. Tanpa Izham aku rasa kehilangan. Kadangkala aku nampak bayangan Izham dalam diri Hariz. Sampai bila aku mampu bertahan. Harriz terlalu baik terhadap aku. Hanya perempuan gila sahaja seperti aku yang tidak jatuh cinta padanya setelah pelbagai cara dia lakukan untuk menambat hati aku. Aku juga manusia biasa. Cinta akan datang dan pergi sesuka hati dalam hidup ini. Apakah perasaan aku terhadap Harriz sekarang? Aku semakin bingung dengan kehidupan yang aku lalui kini.

Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi. Aku tiba lewat di rumah. Tapi, bukan kerana banyak kerja di pejabat cuma aku sengaja pulang lambat supaya Harriz menyangka aku perempuan yang selalu balik lewat malam kerana puas berseronok di luar. Terjengket-jengket kaki aku melangkah masuk. Suasana gelap menyelubungi rumah banglo dua tingkat pemberian hadiah ayah sempena perkahwinan kami. Mujurlah hanya aku dan Harriz yang tinggal di sini.

Kalau tidak, tentu aktiviti kami akan terbongkar lebih awal. Minta-minta Harriz akan memarahi aku kerana pulang lewat. Aku berjalan perlahan-lahan menuju ke tangga tapi aku telah terlanggar sesuatu yang besar di hadapan.

Hampir terjatuh aku dibuatnya namun, mujur da seseorang yang sempat memaut pinggangku supaya tidak terjatuh. Berderau darah dibuatnya. Lampu ruang tamu dipasang…

Aku tergamam. Pinggangku masih lagi dipaut oleh Harriz. Mata bertentang mata. Hampir beberapa saat aku tidak bercakap. Tersedar dari lamunan, aku pantas menolak Harriz ke tepi. Wajahku mula berubah. Merah padam jadinya. Marah bercampur malu benar-benar ada dalam diri aku sekarang

“Awak ni kenapa?!! Macam pencuri!! Nasib baik saya ni tak ada sakit jantung. Dah pukul 2.00 pagi. Awak tak reti-reti nak tidur?” Aku memarahi Harriz.

“Saya tunggu awak….”

“Tak payah nak tunggu-tunggu. Saya ni bukannya budak kecik lagi. Saya tahu pukul berapa saya nak balik. Awak ni orang gaji saya ke?”

“Awak dah makan? Hari ni saya masak lauk kegemaran awak, masak lemak cili api ikan keli. Awak mesti suka. Mari makan sama, saya tak makan lagi ni.”

Harriz mempelawa aku. Masak lemak cili api ikan keli? Terliur aku dibuatnya. Aku memang tengah lapar gila ni. Maklumlah, satu hari aku tak makan apa. Tengah hari tadi tak keluarpun sebab kerja banyak.

Petang pula ada mesyuarat. Bila dah habis kerja, aku pulak yang sengaja balik lewat hanya semata-mata nak nak sakitkan hati Harriz. Sampai pukul 1.30 pagi aku duduk di pejabat. Tak terfikir nak makan pun. Sekarang, dah lapar. Bodoh betul aku. Takkanlah aku setuju nak makan dengan dia. Habislah rancangan aku nak bagi dia marah.

“Awak ni pandai masak ke? Saya ni memilih orangnye. Takpelah saya dah kenyang. Dah makan kat luar pun. Awak nak makan, awak makanlah sorang.”

Aku pura-pura menguap di hadapannya “Ahh.. ngantuknya..”

“Saya tahu awak belum makan lagi. Awak tentu lapar.” Harriz terus menuju ke ruang makan. Dia membuka tudung saji dan menyendukkan nasi untuk aku dan dirinya sendiri. Beria-ia benar dia mengajak aku. Macamana dia tahu aku tak makan? Aku masih lagi tercegat di antara ruang tamu dan ruang makan.

Sesekali aku menjeling ke arah Harriz yang sedang leka menyiapkan makan malam yang rasanya dah boleh jadi makan pagi. Sanggup dia tak makan kerana menunggu aku semalaman. Boleh percaya ke lelaki ni? Jangan-jangan dah siap makan. Saja nak tarik perhatian aku supaya simpati kat dia.

Aku pantas menaiki tangga meninggalkan Harriz.

“Awak tak nak makan? Tak sakit perut ke, awak? Nanti, kalau awak jatuh sakitkan susah…” Harriz menasihati aku. Langkahku terhenti.

“Awak tak faham bahasa Melayu? Kan saya dah cakap, saya dah kenyang. Kalau awak nak makan, awak makanlah sorang. Saya nak naik atas, nak mandi dan tidur. Awak jangan ganggu saya!!” aku bentak keras.

“Tak pelah, saya makan dulu. Nanti, kalau awak rasa lapar, awak makanlah ye. Pergilah awak berehat,” Harriz mengakhiri perbualan kami. Aku terus naik ke atas dengan perut yang benar-benar lapar. Rasa nak terbalik dunia ni. Ya Allah laparnya. Hanya Tuhan saja yang tahu. Kenapalah aku boleh bertindak bodoh. Dah ada orang siap masak, aku saja yang sombong tak bertempat. Sekarang, siapa yang merana? Bukankah aku…?

Itu baru satu keadaan di mana dia boleh bertahan dengan sikap aku. Tapi, kali ini aku pula yang tak tahan dengan keadaan kami apabila terpaksa berlakon di depan ayah dan ibu sewaktu kedatangan mereka ke rumah kami.

Dari berdiri jarak 50 meter kini dah rapat macam belangkas. Dari muka yang masam macam cuka kini aku terpaksa senyum meleret. Aku kena memainkan peranan sebagai isteri dan Harriz sebagai suami sedangkan gelaran itu memang ada pada kami. Terasa kaku aku pada permulaan watak tetapi Harriz bijak memainkan peranannya sebagi suami.

“Berapa lama mak dan ayah nak tinggal di sini?” Aku mengajukan soalan sebaik sahaja ibu dan ayah duduk di ruang tamu selepas kami menjamu selera tengah hari itu. Percaya atau tidak, semua masakan dimasak oleh Harriz tapi dia memberitahu ibu dan ayah yang aku memasaknya. Ibu tersenyum menggeleng.

“Ain…Ain… Mak dan ayah belum panas punggung lagi dah ditanya bila nak balik. Mak ni, rindukan anak mak. Salahke mak melawat anak mak yang kini dah jadi isteri orang,” balas ibu. Aku tertunduk malu. Ye tak ye jugak..

“Ain ni bukannya apa mak. Dia takut mak dan ayah balik awal. Duduklah 2-3 hari kat sini, mak. Lama-lama pun tak apa. Kami pun berdua. Kalau ada mak dengan ayah, taklah sunyi kami ni..” Harriz menyampuk. Aku menjeling pada Harriz. Nampaknya, dia ni nak mengambil kesempatan. Ketika itu tangan kirinya sengaja memeluk pinggangku. Aduh, geli betul. Aku tak boleh nak tolak.

“Yelahh, mak. Duduklah lama-lama kat sini. Mak pun tentu bosan duduk kat rumah, lagipun ayah kerja.” Aku terpaksa menipu. Kalau boleh nak saja aku menyuruh mak dan ayah balik sekarang juga. Bukannya aku tak sukakan mereka tapi aku tak mahu berlakon lagi.

“Tak bolehlah macam tu. Kamu dah berkeluarga. Mak dan ayah tak nak ganggu kamu. Kami ni datang saja nak melepas rindu. Dua hari lagi kami baliklah.”

Alamak 2 hari lagi??? Terasa seperti 2 tahun nak menunggu mereka balik.

Aku lihat Harriz tersenyum meleret. Makin erat dia memeluk pinggangku. Suhu di kepala aku ni dah mendidih. Rasanya nak saja aku cekik-cekik Harriz sekarang. Betul-betul mengambil kesempatan. Aku pantas bangun. Semua mata memandang ke arah aku.

“Tak pelah, mak ayah. Ain ada hal sekarang ni. Pukul 2 petang Ain ada mesyuarat dengan pelanggan. Nanti malam baru Ain balik. Mak dan ayah tak payah tunggu Ain. Tak tahu pukul berapa Ain balik.”

“Hari ni kan Ahad, Ain. Takkan bekerja jugak. Kesian kat Harriz ni. Sepatutnya, masa cuti jangan diganggu. Kamu tu dah kahwin, dah bersuami. Kamu kena jaga makan pakai si Harriz ni. Kesian Harriz.” Berbakul-bakul ibu membela Harriz. Eeeee….bertambah-tambah geram aku. Ayah hanya tersenyum. Tak banyak cakap. Malas nak masuk campurlah tu. Pendek kata, apa saja yang ibu cakap ayah akan setuju. Betullah mereka ni satu kepala.

Berbeza aku dan Harriz, ibarat panggang jauh dari api.

“Ain memang ada hal petang ni, mak. Tak boleh nak tolak. Pelanggan Ain tu dari Jepun. Dia tak boleh lama kat sini.” Aku membalas kata-kata ibu dengan harapan Harriz akan membantu aku.

“Takpe, mak. Saya tak kisah, lagipun selama ni tak pernah kurang kasih sayang Ain pada saya. Lagipun saya kenal pelanggan Jepun tu. Dia kawan lama saya masa kursus kat Tokyo dulu.” Harriz menyokong aku.

Lega rasanya di hati. Aku memandang Harriz. Dia hanya tersenyum. Tiba-tiba saja dihulurkan tangannya supaya aku mencium tangannya. Mahu tak mahu terpaksalah aku bersalam dan mencium tangan Harriz.

“Saya pergi dulu, bang..” Lembut aku bersuara meminta izin. Mak dan ayah tersenyum-senyum memandang gelagat kami berdua. Rasa senang di hati mereka melihatkan kemesraan aku dan Harriz yang sebenarnya dibuat-buat.

*************

Aku terlalu rindukan Izham. Kenapa Izham tiba-tiba sahaja menghilangkan diri. Sudah lama dia tak menghubungi aku. Hampir 3 bulan aku tak mendengar suaranya. Izham masih lagi di London. Dahulu, di awal usia perkahwinan kami Izham sering menelefon aku. Suaranya benar-benar memberi aku semangat. Izham tahu mengenai masalah aku dan Harriz.

Dia juga tahu rancangan aku mengenai ‘perkahwinan kontrak’ ini. Izham langsung tidak memarahi aku. Dia tahu bahawa aku menerima Harriz bukan atas dasar cinta tapi atas dasar hormat aku pada ayah. Dia jugalah yang menyokong aku dan katanya lagi bahawa dia sanggup menunggu aku bukan saja setahun malah selama hayatnya masih hidup dia sanggup menanti aku. Aku dapat rasakan ketika itu akulah wanita yang paling bertuah kerana dapat memiliki cinta Izham yang betul-betul ikhlas menyayangi aku.

Namun suara Izham hanya dapat aku dengar 3 bulan yang lalu. Di mana Izham sekarang? Mungkinkah dia terlalu bosan menunggu dan terus menunggu kehadiran aku dalam hidupnya? Ahh... kalau aku jadi Izham pun sudah pasti perkara yang sama akan aku lakukan. Satu tahun bukannya tempoh yang singkat. Sedangkan hati boleh berubah inikan pula penantiannya yang boleh dianggap satu angan-angan yang tak pasti.

Ini semuanya berpunca daripada Harriz. Kadangkala aku terlalu bencikan Harriz tetapi kehadiran Harriz jugalah sedikit sebanyak telah mengubah hidup aku. Tidak dapatku sangkal bahawa dia seorang suami yang baik, dan benar-benar mengambil berat tentang diri ini. Aku sahaja yang tidak pernah menghargai kehadirannya dalam hidup aku. Tiada lelaki lain selain Harriz yang tulus ikhlas menyayangi, menyintai, dan menghormati aku. Bila difikir-fikirkan, aku rasa bertuah kerana punya seorang suami yang terlalu memahami aku.

Memanjakan aku seolah-olah aku ini budak kecil yang perlu didodoi. Aku sakit dia menjadi doktorku, aku lapar dia menjadi tukang masakku malah bila aku terlambat ke pejabat dia sanggup menghantarku sedangkan ketika itu dia punya urusan lain. Tapi, kenapa mesti Harriz? Bukan Izham?

Tiba-tiba saja hati aku terdetik, mungkinkah jodohku memang bersama Harriz. Sisa-sisa hayatku adalah hidup bersama Hariz sehingga aku mati. Di mana Izham sekarang? Kenapa dia menghilangkan diri? Sudah tiada lagi cintakah di dalam hatinya untukku? Atau aku sahaja yang mengangankan sesuatu yang bukan milikku. Sedangkan sesuatu yang sudah tentu menjadi milikku aku abaikan begitu saja. Antara Harriz dan Izham?? Siapa yang harus aku pilih? Ooohhh…Terlalu sukar hidup ini.

“Masih panas lagi suhu badan awak ni. Saya bawa awak ke klinik..” Aku ingat lagi peristiwa pertama yang mencetuskan rasa sayang aku pada Harriz dan wujudnya rasa cinta dan kasih di hati ini pada Harriz. Ketika itu aku demam panas. Memang aku tak mampu nak berbuat apa-apa kerja ketika itu.

Nak bangun dari katil pun tak terdaya. Mungkin waktu itu aku terlalu rindukan Izham dan dalam masa yang sama aku juga sibuk dengan kerja-kerjaku di pejabat.

“Tak pe, saya sihat. Panas sikit je. Lepas makan Panadol, sihatlah. Awak tak payah nak risaukan saya. Saya tahu apa yang saya buat. Awak buatlah kerja awak. Jangan ganggu saya, boleh tak?” Aku meninggikan suara.

Tapi bukannya aku marahkan Harriz, cuma aku tak tahan dengan kesakitan di kepala yang aku alami. Harriz masih tak berganjak. Dia meletakkan tangannya di dahiku. Aku menepis dengan kuat tangan Harriz. Berkerut-kerut dahiku menahan sakit. Aku cuba bangun tapi tak mampu. Dengan pantas tanpa pedulikan kemarahanku, Harriz terus mendukungku keluar dari bilik. Aku benar-benar terkejut dengan tindakannya. Habis tubuh Harriz menjadi sasaran aku untuk memukul.

“Awak nak bawak saya ke mana ni ? Lepaskan saya!!” Aku cuba menjerit tapi badan aku terlalu lemah dan tak mampu untuk aku meninggikan suara.

“Awak sakit di hadapan mata saya. Takkan saya nak jadi orang bodoh untuk dengar kata-kata awak supaya tinggalkan awak dalam keadaan macam ini. Saya nak bawak awak ke klinik. Nyawa awak lebih penting sekarang.”

Harriz….Sungguh mulia hatimu. Aku buta untuk menilai kasih sayangmu yang mencurah-curah mencintai diri ini sedangkan aku terus bodoh menanti pada orang yang tak pasti.

Sedikit demi sedikit hati wanitaku mulai cair. Sepanjang aku terlantar sakit Harriz menjaga aku siang dan malam. Dia sanggup mengambil cuti semata-mata untuk menemani aku. Segala makan dan pakai semuanya Harriz yang lakukan untuk aku, biarpun pada mulanya aku malu dengan tindakan Harriz.

Entah mengapa, perasaan benci dan marah dalam diri ini pada Harriz berubah menjadi kasih dan sayang pada Harriz. Aku benar-benar terharu dengan keikhlasannya selama ini dan aku juga bangga dengan ketabahan Harriz yang sanggup hidup bersama aku susah dan senang. Dia tidak pernah kisah dengan caci makiku dan kutukan aku pada dirinya selama ini.

Kesabarannya terhadap kedegilan aku membuatkan aku mula jatuh cinta pada Harriz. Tetapi keegoan aku mengatasi segalanya. Aku malu untuk meminta maaf pada Harriz walaupun selama ini aku yang banyak melakukan kesilapan.

Aku tahu, aku seorang isteri tapi aku tak pernah menjalankan kewajipanku. Aku gagal menjadi isteri yang sempurna pada Harriz.

Dua minggu lagi akan tamatlah ikatan kontrak perkahwinan kami. Sepatutnya aku boleh gembira sekarang kerana tidak lama lagi Harriz akan melafazkan kata-kata keramat bagi seorang isteri. Namun, kegembiraan itu tidak dapat aku rasakan sekarang. Buat pertama kali dalam hidup aku, aku dapat melupakan ingatan aku pada Izham. Kerinduan pada Izam sudah tiada lagi.

Yang terbayang di dalam fikiran aku sekarang hanyalah Harriz Bin Hisham, seorang suami yang terlalu agung darjatnya dalam hati aku. Aku benar-benar takut untuk berpisah dengan Harriz. Selepas ini Harriz bukanlah lagi peneman setia aku. Aku dapat rasakan bahawa hidupku selepas ini akan sunyi. Tiada lagi senyuman Harriz dan gurauan Harriz. Ooohh..TuHAN!! Apa yang telah aku lakukan sekarang?

“Selagi awak di hadapan mata saya dan awak hidup bersama saya, selagi itulah kewajipan saya sebagai suami akan saya lakukan. Biarpun dalam kontrak tidak tertulis, namun sudah menjadi tanggungjawab seorang suami supaya menjaga isterinya samada dalam keadaan susah mahupun senang. 2 minggu lagi, hubungan kita akan tamat. Tapi, percayalah biarpun sehari malah sesaat pun, awak tetap di hati saya. Saya tahu kebencian awak pada saya tidak akan hilang. Begitu juga dengan cinta saya. Ianya tidak akan pernah pudar. Andai diberi peluang sekali lagi, saya mahu teruskan hidup ini bersama awak Nurul Ain. Nama awak sudah terpahat di dalam hati saya.”

Harriz mengusap rambutku dengan kain basahan sewaktu memandikan aku yang terlantar sakit. Tiba-tiba satu ciuman diberikan di dahiku. Terasa ingin mengalir air mata ini, namun aku dapat bertahan. Mataku ketika itu masih tertutup. Mungkin Harriz menyangkakan aku sedang tidur tetapi tidak sebenarnya. Segala kata-kata luahan hati Harriz dapat aku dengar cuma aku tidak berani untuk menatap wajah Harriz ketika itu.

Harriz, kenapa kau terlalu baik pada diri ini yang seharusnya tidak layak untuk berada di hatimu yang suci itu. Aku tidak mampu untuk menyintai seperti mana engkau menyintai aku. Andai engkau dapat mendengar luahan hati ini, berjuta-juta kemaafan ku pohon darimu tapi untuk meluahkannya hati aku amat berat. Aku malu sebenarnya Hariz. Terasa kecil diri ini di hadapan matamu Harriz.

“Kenapa awak menerima saya untuk menjadi isteri awak sedangkan sebelum ini kita tidak pernah berjumpa. Awak tak pernah mengenali saya, tapi awak sanggup berkahwin dengan saya. Bukankah itu satu tindakan yang bodoh namanya?” Aku memberanikan diri untuk bertanya pada Harriz sewaktu kami menjamu selera di sebuah restoran selepas balik dari berjumpa dengan ibu dan ayah. Harriz tersenyum. Dia memandang aku. Aku jadi kaget.

“Soalan itu rasanya sudah saya jawab sebelum kita menjadi suami isteri lagi. Nama awak sebenarnya sudah lama terpahat di dalam hati saya. Hampir dua tahun saya mengenali awak sebelum saya berjumpa dengan awak.” Harriz sengaja menoktahkan ayatnya di situ supaya aku semakin keliru. Kali ini aku yang memandang wajahnya dengan seribu pertanyaan di kepala.

“Dunia ini tidaklah sebesar mana. Tuhan mentakdirkan hidup saya supaya bertemu dengan awak bukan di bumi Malaysia. Saya juga pernah belajar di luar negara dan sama universiti dengan awak.” Aku ternganga.

Ligat otakku mengingati semula wajah-wajah pelajar Malaysia yang pernah aku jumpa di London. Rasanya tiada langsung wajah Harriz yang pernah aku jumpa. Betulke dia ni atau sengaja nak memainkan aku?

“Setahu saya pelajar Malaysia tidaklah sebanyak mana pun, tapi kenapa saya tak pernah berjumpa dengan awak? Awak jangan nak bergurau dengan saya.” Aku seakan tidak percaya. Benarkah apa yang Harriz cakapkan sebentar tadi?

“Saya belajar part time. Awak memang tidak akan perasan saya. Saya belajar waktu malam, tapi awak dan Izham selalu datang makan di restoran tempat saya bekerja. Ingat tak Café Bistroze? Saya jadi pelayan bar di situ. Maklumlah, saya ni orang miskin, tak mampu nak belajar sepenuh masa.

Siang saya bekerja dan malam saya belajar. Ketika itulah saya sempat mengenali awak.” Harriz menamatkan ayatnya di situ. Dia menghabiskan minuman. Aku terdiam. Sungguh tak ku sangka, dunia ini terlalu kecil. Tuhan menemukan aku dan Harriz tanpa aku mengenali siapa dirinya. Harriz terlalu pandai menyimpan rahsia.

“Esok, genap setahun kita menjadi suami isteri yang sah seperti mana termaktub dalam kontrak yang telah saya tandatangani. Biarpun hati ini berat untuk melepaskan awak tapi saya tidak pernah lupa dengan janji saya.

”Melukakan hati dan perasaan awak adalah satu dosa paling besar di mana saya tidak dapat memaafkan diri saya sendiri. Awak terlalu suci di mata saya. Awak tak pernah bersalah dengan saya. Saya yang seringkali melukakan hati awak selama ini. Saya benar-benar berharap agar awak dapat ampunkan dosa-dosa saya.” Harriz tertunduk menahan sebak di dada.

“Terus terang saya katakan, esok adalah hari yang paling saya takutkan. Saya dapat rasakan bahawa esok akan mengubahkan segala takdir hidup saya yang selama ini saya rasakan indah. Hidup bersama awak adalah satu kenangan yang paling manis buat saya. Segalanya berubah bila awak hadir dalam diri saya. Awak adalah semangat saya untuk saya teruskan hidup ini yang kian singkat….”

Aku rasa hairan dengan kata-kata terakhir Harriz. Apa yang dia cuba maksudkan? Hariz yang berada di hadapan aku sekarang bukanlah Harriz yang selama ini aku kenal. Aku dapat lihat perubahan di wajahnya. Lain benar seakan menyimpan satu rahsia yang tidak aku ketahui. Aku juga dapat lihat air mata lelakinya hampir mengalir tapi mampu ditahan.

“Awak tak pernah bersalah dengan saya. Saya yang sepatutnya memohon ampun dan maaf dari awak kerana dosa saya sebagai isteri adalah terlalu besar. Saya kagum dengan awak kerana menghormati saya dan keputusan saya selama ini. Awak seorang lelaki yang terlalu baik dan saya tidak layak untuk berada di hati awak. Saya percaya, selain saya akan ada seorang wanita lain yang akan muncul dalam hidup awak dan benar-benar menerima cinta awak dan menyayangi awak lebih dari segala-galanya di dunia ini.”

Aku juga menahan sebak. Tidak mahu air mata ini mengalir di hadapannya. Percayalah Harriz, sesungguhnya hati ini telah lama engkau miliki tapi aku tak mampu untuk berterus terang. Aku perlukan masa. Tidak tahu berapa lama lagi.

Aku sebenarnya terlalu malu untuk berhadapan dengan dirimu yang tulus ikhlas mencintai aku. Aku tahu, aku bodoh selama ini kerana tidak nampak sebutir permata yang boleh menerangi sepanjang hidupku. Harriz hanya mampu tersenyum. Dia memegang tanganku lantas ciuman kasihnya diberikan. Aku dapat rasakan mungkin itu adalah ciumannya yang terakhir sebelum kami berpisah.

“Selepas ini, saya harap awak tidak akan hilangkan ingatan awak pada saya. Biarpun diri saya ini hanyalah sebesar zarah di hadapan mata hati awak, namun awak jangan lupakan saya. Kalau boleh, biarlah berkekalan sampai ke akhir hayat awak. Setahun adalah satu tempoh yang singkat untuk saya lebih mengenali awak.

”Kalau Tuhan mentakdirkan umur saya panjang ingin rasanya sekali lagi saya harungi hidup ini bersama awak di dalam satu keadaan yang berbeza di mana awak benar-benar mencintai saya dan menyayangi saya sepenuh jiwa dan hati awak. Andai terjadi, saya dapat rasakan bahawa sayalah manusia yang paling bertuah dapat memiliki awak.” Kami bertentangan mata buat kali terakhir. Aku jadi sayu apabila memandang wajahnya. Takdir kami akan berubah esok. Mungkinkah ianya terjadi….

Malam itu aku tidur di dalam seribu ketakutan. Esok pasti akan terjadi, begitu juga dengan lafaz kontrak akan termaktub. Ahhh..undang-undang yang dibuat manusia. Sentiasa menyusahkan. Takdir hidup aku esok akan ditentukan. Aku tahu bukan sahaja aku, malah Harriz lebih merasai ketakutannya. Dia terlalu mencintai aku. Malah kerana cintanya itu akhirnya memakan dirinya sendiri. Dia menghormati segala keputusan aku kerana ikhlasnya cinta Harriz pada diri ini.

Keesokan harinya aku terlewat bangun. Tergopoh gapah aku keluar dari bilik. Aku dapat rasakan sesuatu…Harriz tiada di dalam biliknya. Begitu juga dengan kereta Harriz, tiada di luar. Aku terduduk di ruang tamu.

Terlalu cepat Harriz meninggalkan cintanya. Tidak sempat untuk dia berkata sesuatu pada aku buat kali yang terakhir. Mungkin Harriz tidak mampu untuk berhadapan dengan aku.

Kontrak perkahwinan terletak kemas di atas meja. Aku dapat lihat sepucuk sampul surat berwarna biru di atas kontrak tersebut. Hati aku berdebar-debar. Semakin lama getaran di dadaku semakin terasa. Tanganku menjadi sejuk. Menggigil-gigil jari jemari ini untuk menyentuh surat tersebut. Lama aku perhatikan surat Harriz. Aku tak sanggup nak buka kerana aku tahu segala keputusan semuanya berada di dalam baris-baris ayat surat tersebut. Aku takut, namun, aku pasrah. Ia kehendak Tuhan dan hati aku sendiri. Aku harus menerima segala keputusan dengan tenang.

Lagipun selama ini itulah yang aku minta pada Harriz biarpun Harriz berat untuk melakukannya. Dengan lafaz Bismillah aku membuka lembaran surat tersebut dan akhirnya….

“Bahawasanya saya HARRIZ BIN HASHIM dengan ini menceraikan NURUL AIN BT HAMDI dengan talak satu. Segalanya adalah mengikut kontrak perkahwinan yang telah kami tandatangani iaitu bertarikh 30 DISEMBER 2002”

-HARRIZ BIN HASHIM-

Dia benar-benar melakukannya…Pertama kali air mataku mengalir. Aku kini bukan milik Harriz lagi. Tahniah untuk diriku sendiri kerana permainkan undang-undang Tuhan dan natijahnya aku yang terima sekarang.

Ooohh..Harriz. Kenapa kau berlalu pergi begitu saja. Tiada langsung ucapan selamat tinggal yang keluar dari mulutmu. Kenapa hatimu terlalu lembut?

Kenapa kau tidak memujuk aku supaya jangan berpisah ? Andai ianya berlaku sudah pasti aku tak mahu engkau meninggalkan aku. Aku mula menyayangi dirimu Harriz.. Benih-benih cinta dan kasih dalam diri ini pada Harriz sudah bercambah tapi aku tak mampu untuk tunaskannya…

*************

Hampir 2 bulan selepas perceraian kami aku tidak pernah bertemu dengan Harriz. Dia menghilangkan diri begitu sahaja. Aku tidak tahu ke mana Harriz membawa diri. Sudah puas aku mencari tapi Harriz tidak juga aku temui. Aku sudah bernekad bahawa aku mesti mencari Harriz.

Aku ingin mengikat semula tali perhubungan kami yang terputus. Aku telah bersumpah bahawa tiada lelaki lain selain Harriz yang boleh menjadi suamiku. Aku ingin bina semula istana cinta kami yang telah aku runtuhkan dahulu disebabkan kebodohan aku.

Tapi, di mana aku nak mencari Harriz? Sudah merata tempat aku pergi. Telah pelbagai cara aku lakukan namun gagal. Adakah sengaja Harriz tidak mahu berjumpa dengan aku? Terlalu besarkah dosa aku padanya?

Ibu dan ayah sudah tahu mengenai perceraian aku dan Hariz. Mereka benar-benar terkejut dengan tindakan kami pada mulanya. Ayah marahkan aku, begitu juga ibu. Aku tahu aku yang bersalah. Namun marah mereka tidak lama kerana mereka tahu takdir sudah tertulis bahawa aku dan Harriz tidak boleh kekal bersama cuma mereka kesal dengan sikap dan perangai aku yang tidak pernah berubah. Aku terlalu degil dan sukar untuk dibentuk. Tapi itu dulu, sebelum kehadiran Harriz. Sekarang, aku bukan seperti aku yang dulu.

Harriz telah mengubah pendirian aku. Dialah punca segala-galanya. Dia jugalah yang telah membuka pintu hati ini untuk mengenal apa itu erti cinta, kasih, sayang dan rindu.

Aku terlalu rindukan kehadiran Harriz di sisi. Cinta, kasih dan sayang pada Harriz semakin hari semakin bertambah. Nama Izham terus hilang dari ingatan aku. Dia bukanlah lelaki yang boleh dipercayai. Segala kegiatan jahatnya terbongkar apabila satu hari aku terbaca diari Harriz yang tertinggal di rumahku selepas Harriz menghilangkan diri pada pagi yang keramat itu.

Setiap detik dan hari sudah pasti ada kisah aku dan Izham di London tertulis di dalam diarinya. Dari situlah aku tahu, Izham bukanlah seorang lelaki yang jujur. Dia banyak memainkan perasaan wanita seperti aku. Sampai sekarang Harriz tidak tahu bahawa aku telah membaca diarinya.

Segala isi hatinya dan perasaannya pada aku ditulis dalam diari itu. Barulah aku tahu memang Harriz lebih mengenali aku daripada aku mengenali diriku sendiri. Dia begitu hebat di hati aku kini. Harriz…..Di mana kau sekarang…

Suatu hari, aku dapat berita yang rasanya boleh meluruhkan jantung aku di saat itu jua. Berita tentang orang yang sangat-sangat aku ingin jumpa. Akhirnya dapat juga aku mendengar berita tentang Harriz tetapi malang kerana ketika itu aku berada di luar negara menguruskan perniagaan ayah yang ada masalah.

Aku menggantikan kerja-kerja Harriz kerana Harriz bukan sahaja berpisah dengan aku malah jawatannya sebagai CEO di syarikat ayah juga turut dilepaskan. Ibu yang menelefon aku ketika itu mengkhabarkan berita tidak baik tentang Harriz. Harriz kini berada di wad jagaan rapi (ICU). Harriz sakit kuat sekarang. Begitulah kata-kata terakhir yang sempat aku dengar dari ibu kerana perbualan kami terputus disebabkan cuaca buruk di New Zealand yang ketika itu mengalami musim sejuk.

Aku tidak dapat menghubungi ibu untuk mengetahui berita selanjutnya tentang Harriz. Aku menangis semahu-mahunya. Aku ingin pulang segera tapi semua penerbangan dibatalkan untuk beberapa hari kerana cuaca buruk. Aku takut andai aku akan kehilangan Harriz dan aku tak sanggup untuk mendengar berita kehilangan Harriz sekali lagi. Harriz…Ya Tuhan, selamatkan Harriz.

Andai ada jodohku bersama Harriz, pertemukanlah kami di bawah limpahan rahmat kurniamu… Aku tidak dapat tidur lena selepas mendengar berita Harriz. Setiap waktu yang berlalu aku terkenangkan Harriz. Bagaimana keadaan Harriz sekarang? Jariku tidak putus asa ligat mendail nombor telefon ibu, namun tidak berjaya. Setiap saat degup jantung ini dapat aku rasakan semakin laju.

Semuanya kerana mengenangkan keadaan Harriz. Mungkin sekarang Harriz amat memerlukan aku berada di sisinya tapi aku tak boleh Harriz. Kita terpisah dengan benua dan lautan. Aku jauh darimu tapi hati ini terlalu dekat padamu. Andai kau dapat mendengar suara hati ini, ingin aku katakan bahawa di saat ini aku sentiasa mendoakan agar dirimu selamat dan dijauhkan dari segala kesulitan hidup.

Akhirnya malam keramat itu telah merubah takdir hidupku sekali lagi. Tidak dapat aku lupakan, bagaimana sayunya suara ibu menyampaikan berita yang paling takut untuk aku dengar. Mungkin ini adalah balasan Tuhan di atas keangkuhan aku memainkan undang-undang ciptaan Tuhan selama ini.

Harriz…Nama itu kini hanya tinggal bayangan masa silam. Dia benar-benar telah meninggalkan aku bersama kenangannya. Harriz tidak lagi akan aku temui sampai bila-bila…

“Maafkan ibu, Ain. Ibu tak dapat hubungi Ain dua hari yang lalu. Harriz sudah tiada lagi di dunia ini. Dia dah tinggalkan kita semua buat selama-lamanya. Maafkan ibu, ibu lambat beritahu Ain. Kanser hatinya dah semakin merebak dalam tubuh Harriz. Dia terlalu rindukan Ain tapi dia tak mampu untuk bertahan lama. Ibu benar-benar minta maaf Ain…..”

Kata-kata ibu tidak berupaya lagi untuk aku dengar. Aku terasa berada di awangan. Semuanya bagaikan halilintar yang membelah bumi. Aku terduduk.

Air mata mengalir tanpa henti. Aku menangis dan terus menangis tanpa henti. Tidak sempat untuk aku sujud di kakinya, memohon ampun dan maaf. Dosa aku terlalu banyak pada Harriz.

“Maafkan Ain, Harriz. Ain bersalah pada Harriz dan Ain tidak sempat untuk sujud di kaki Harriz. Maafkan Ain, maafkan Ain…” Aku menjerit sekuat hati tapi siapalah yang mampu untuk menenangkan aku di saat itu. Aku keseorangan. Ibu dan ayah tiada di sisi. Hanya semangat Harriz yang wujud dalam diri ini tapi kini Harriz meninggalkan aku secara tiba-tiba.

Aku hilang arah tuju. Dunia dapat aku rasakan gelap. Harriz tidak pernah menceritakan pada aku tentang penyakitnya. Patutlah kata-kata Harriz malam itu aku rasakan lain. Dia benar-benar maksudkannya. Kalaulah aku tahu begini jadinya tidak akan aku bertindak bodoh untuk berpisah dengan orang yang ikhlas mencintai aku. Akan aku jaga Hariz sehingga dia mengucapkan lafaz kematian di hadapan mata aku sendiri. Tapi, itu semua telah terlambat untuk dijadikan realiti dalam hidup aku. Hariz meninggalkan aku di saat-saat cinta ini telah berputik.

Kepulangan aku ke bumi Malaysia tidak membawa apa-apa makna pada aku kerana orang yang ingin sangat aku jumpa selama ini sudah pergi. Hanya pusara yang tinggal untuk aku lawati. Setitis demi setitis air mata ini jatuh mengalir tatkala aku sampai di pusara Harriz. Aku dapat merasakan Harriz seakan berada di sebelah aku melihat aku mengalirkan air mata kerana meratapi kematiannya.

Harriz, jika dapat kau dengar luahan hati ini, ingin sekali aku bermohon ampun dan maaf padamu yang tidak pernah sempat terucap di bibir ini biarpun ketika kita bersama. Baru kini aku dapat menilai erti cintamu yang mendalam terhadap diri ini. Aku terlalu angkuh dan keegoan ini telah memakan diri aku sendiri.

Sepucuk surat yang terakhir kau tujukan untukku baru kini dapatku baca. Meruntun hati ini tatkala aku membaca bait-bait puisi yang engkau karangi hanya semata-mata untukku. Aku tahu aku benar-benar bersalah !!!..

Ikhlasnya cintamu itu tidak setanding dengan apa yang ada di dalam hati ini untuk aku beri. Rendahnya martabat diri ini jika kita dapat bersama. Selafaz doa aku bacakan untukmu, begitu jua jutaan kemaafan aku pohon padamu Harriz…

Sajak yang ditujukan khas buat diri ini tidak puas aku membacanya. Sekali lagi aku menatap agar ia dapat menenangkan aku kerana tidak dapat melihat di saat-saat pemergianmu yang tidak dirancang tapi telah ditentukan Tuhan.


Sesungguhnya…syurga seorang suami
adalah ketika bersama isterinya
dalam susah dan senang…

Permata hati buat isteri yang disayangi

Nurul Ain Bt Hamdi…

Dunia saya sewaktu bersama awak dirasakan amat luas…. Awak adalah anugerah Tuhan yang tak ternilai buat saya… Biarpun cinta ini tidak pernah wujud dalam diri awak… Namun, harapan itu tetap ada dalam impian saya Saya sayang awak lebih dari segalanya Saya mencintai awak dengan setulus hati Tatkala lafaz nikah terucap di bibir ini Memiliki awak adalah amanat yang harus saya jaga sebagaimana Tuhan menciptakan Adam untuk Hawa… Namun, pemergian saya tak dirancang… Bila-bila masa sahaja nyawa ini akan menghentikan nafasnya. Biarpun saya tiada di sisi awak lagi Saya harap awak tidak pernah lupa akan diri ini yang sentiasa mencintai awak…

-HARRIZ BIN HASHIM-

01 JANUARI 2003









KISAH DI AMBIL DARI SEORANG SAHABAT UNTUK PERKONGSIAN BERSAMA :)

Wednesday, May 4, 2011

Ikhlaskan Hatimu Dengan Niat Yang Baik

HATI......



HATI
ADALAH
TEMPAT
IMAN


Oleh kerana itu kita amat sukar mendidik hati.. Kerana di situlah letakknya iman kita... Kata orang, mulakan sesuatu pekerjaan dengan niat yang baik baru pekerjaan yang kita lakukan itu diberkati... Semuanya bermula dengan hati.. bahkan dalm solat kita pun kita mulakan dengan berniat. Tanpa niat solat tidak sah. Namun kadangkala kita tak sedar bahawa tempat letaknya iman atau bermulanya niat ini kadangkala tidak terjaga.. sukarnya kita hendak menjaga hati dan perasaan kita... tersilap gaya rosaklah segalanya.. Kita tadak tahu atau mungkin tidak sedar bahawa hati kita ini amat sukar dididik. Betul.... tak percaya... cuba tanya diri kita sendiri..

Dalam kehidupan seharian kita pernahkah kita mengeluh dengan dugaan yang diterima?? pasti pernah. saya juga menghadapinya, tapi tak mengapa. Itu normal. manusia memang mudah mengeluh.. tetapi, dengan ujian dan dugaan itulah yang akan membuatkan hati kita lebih cekal dan tabah. Pujuklah hati kita supaya tabah dan sabar menghadapi mana2 rintangan dalam hidup.. InsyaAllah, kita pasti akan bahagia akhirnya.. Lantas tanyalah diri kita, hati kita, pernahkah kita ikhlas melakukan sesuatu pekerjaan dalam hidup kita. Saya sering mendengar dan terbiasa dengan satu ungkapan " ikhlas tak ni? kalau tak ikhlas tak payahlah buat kerja ni." tetapi sebenarnya ikhlas atau tidak itu tak boleh kita ungkapkan dengan kata2. Tempatnya bermula dari hati. Andai hati kita ikhlas menerima, maka ikhlaslah kita lakukan sesuatu pekerjaan.. Susah ke nak ikhlas melakukan semua perkara dalam hidup kita? pernah tak kita tanya pada hati kita. " hati, kau ikhlas tak buat kerja ni? kalau kau tak ikhlas lebih baik kau tak payah buat. Membazir je. tak dapat apa2."
pernah ke kita tanya? Dengar macam lucu. Betul tak? tepuk dada tanya diri. Jangan tanya aiman, nanti aiman kata " aiman tak kisah". (",).

Tak perlu melampau sangat sampai perlu bertanya sebegitu. Kita tetapkan sahaja dalam hati selembut-lembutnya.Kita doa sikit pada Allah. " Ya Allah, kau ikhlaskanlah hatiku dalam melakukan setiap perkara dan pekerjaan yang baik dalam hidupku". Amalkan doa ni setiap hari sebelum kita pergi kerja atau keluar rumah. mudah-mudahan apa yang kita lakukan seharian semuanya kita lakukan secara ikhlas. Kata orang, kalau kita ikhlas lakukan sesuatu pekerjaan itu boleh dikira sebagai ibadah. Dapat pahala. Bukan senang kita nak dapat pahala sebab hari2 kita lakukan dosa samada kita sedar atau tak.Jadi, dengan ikhlaskan hati kita dapatlah tambah sedikit pahala..

Walaupun dengar macam senang tapi sebenarnya susah nak ikhlaskan hati kita. Saya sendiri akuinya. Namun, bila dah terbiasa, tak ada apa2 pun masalah yang kita hadapi. Cubalah. ikhlaskan hati kita. Niat tu penting.

"SESUNGGUHNYA SETIAP AMAL ITU MESTILAH DIMULAKAN DENGAN NIAT"


Hati yang ikhlas dalam melakukan setiap pekerjaan pasti mendapat ganjaran.. Dari sini kita mula mendidik hati serta iman kita kerana:-


HATI
ADALAH
TEMPAT
IMAN




Wallahualam... (",)





Sunday, May 1, 2011

Bidadari – Munif Ahmad

Bidadari bidadari,

Temanilah resahku,

Bidadari bidadari,

Tenangkanlah jiwaku.

Cinta setia, hidup mati,

Selamanya, Kerna kau isteriku,

Isteriku tercinta,
Pelengkap rusuk kiriku.

Bidadari bidadari,

Jadilah pendampingku,


Bidadari Bidadari,

Jadilah sang setia.

Kerna cinta, Cinta suci,

Ertinya tidak pernah sepi,

Sepi daripada, Cubaan yang tak terduga.


C/O
Kau umpama bintang utara,

Penunjuk jalan yang terang,

Kau beri harapan,

Saat ku jatuh bangun semula.

Kau berikan sakti cintamu,

Penawar racun berbisa,

Dan ikatan kita,

Cinta abadi hanya di Syurga.

Tuesday, April 26, 2011

COUPLE ISLAMIK....apa 2??

Assalamualaikum... disini saya igin kongsikan satu cerita yang saya dapat daripada sahabat saya... mari kita lihat..






COUPLE ISLAMIK....apa 2??

jom baca kisah ni..kot2 paham....

Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...

p/s : yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya..peringatan untuk diri ana sendiri terutamanya....wallahualam

Sunday, April 24, 2011

Facebook- Beri Kebaikan atau Keburukan

Assalamualaikum w.b.t


Bila berkata tentang 'facebook' pasti ramai orang tahu apa itu facebook.. Satu rangkaian jaringan yang agak popular di seluruh dunia termasuk Malaysia. Bercakap tentang facebook tentu kita tahu ada baik buruknya. Memang saya juga akui bahawa facebook ini ada kebaikan dan tak kurang juga keburukannya. Di sini saya senaraikan beberapa perkara yang memberi kebaikan kepada kita.


1) Mengeratkan silaturrahim.
Melalui facebook kita dapat merapatkan lagi hubungan kekeluargaan dan persahabatan. Walaupun berjauhan, kita masih dapat bertegur sapa, bersembang dan bertukar2 cerita dengan rakan2 ataupun keluarga kita sendiri.


2) Menjadi medium perantaraan untuk menyampaikan dakwah.
Ini merupakan satu medium utama para pendakwah untuk menyampaikan dakwah. Melalui facebook, mereka boleh menyampaikan ilmu berkaitan agama dengan berkongsi di status2 atau pun notes. Bukankah itu sesuatu yang membantu? Secara tidak langsung ilmu itu dapat di sampaikan dan semua orang dapat menerima mesej2 penting yang ingin di sampaikan.


3) Mengetahui berita2 terkini tentang berita semasa.
Melalui page2 yang di sukai kita boleh subscribe page untuk berita utama yang terdapat dalam facebook seperti Harian Metro, Utusan Malaysia, Berita Harian, News Straits Times dan macam2 lagi. Melalui page2 ini kita akan dapat info terbaru kita di dinding halaman utama facebook. Bila2 masa dan di mana2 pun kita
boleh tahu memandangkan dunia semakin moden. Dengan menggunakan telefon sahaja kita boleh buka facebook. Saya juga merasai kemudahan tersebut. Tidak perlu lagi kerap membeli surat khabar. Hanya membaca sahaja daripada dinding facebook. Hidup menjadi lebih senang. :)


4) Memberi peluang mengeluarkan idea dan berbincang tentang masalah sosial.
Perkara ini amat penting di mana para remaja dapat memberi pandangan dan membuat perbincangan mengenai masalah sosial di mana dapat membendung masalah sosial agar tidak menjadi lebih teruk..

5) Memberi peluang memperkembang perniagaan, perusahaan dan sebagainya. Tak salah kan kita gunakan facebook untuk kembangkan business? itu merupakan satu usaha dan kreativiti sendiri.. Pengusaha untung, orang lain juga untung.. Tak begitu?


Baiklah, sekarang saya ingin senaraikan sedikit sebanyak keburukan facebook yang di salah guna oleh pengguna terutama golongan remaja.

1) Satu medium atau laman untuk menambah dosa. Mana taknya tiap2 hari kita duduk meng"upload" gambar2 yang tak bermoral. Cik2 adik sibuk meng"upload" gambar2 konon muka mereka cantik, cute, lawa dan macam2 lagi.. Sibuk buat pose manja.. Ya Allah, anda tahu tak itu berdosa? sepatutnya pose2 itu hanya layak di lihat oleh mahrammu sahaja... tak sedar kah kita menambah dosa?

2) Facebook juga menjadi satu tempat mengumpat dan menghina. Percaya atau tidak mari kita kaji. Jika anda lihat sekarng, facebook seolah2 seperti laman meluahkan perasaan atau tempat berkongsi perasaan dan tak ubah macam diari hidup kita, Betul tak? Setiap kali kita gembira, kita share status di facebook. Setiap kali kita sedih, kita juga share perasaan kita di facebook. Betul tak? itu tak mengapalah. Tapi bila kita marah. Habis kita maki2 dan sumpah sranah orang yg buat kita sakit hati. dan ketika itulah bermulanya sesi mengumpat, menghina dan mencaci antara kita dan kawan2 kita. tak ke teruk namanya tu. Habis satu dunia tahu kisah buruk orang yang di kutuk. MasyaAllah..

3) Faceboook juga menjadi tempat bermulanya masalah runtuhnya moral dan budi bahasa. Benar say katakan Dewasa ini sering kita lihat page2 menghina seseorang atau badan pertubuhan tertentu. Siapa yang pernah kita dengar mengenai kes penghinaan terhadap sultan. dengan adnya page2 seperti ini, ramai anak2 muda terpengaruh dan turut sama memeriahkan page2 berupa penghinaan, Di dalam page2 tersebut tak perlulah kita ugkitkan bahasa2 kesat berbentuk penghinaan yang mana merosakkan niali moral dan tatasusila rakyat yang sepatutnya berbudi bahasa. Benar bukan?

4) Bertambahnya masalah sosial dan anak2 muda semakin jauh dari agama.. Bukan anak2 muda sahaja, orang deasa juga ada yang terlibat sama. Pernah kita mendenagr berita isteri curang dengan membuat hubungan sulit bersama lelaki alin yng di kenali melalui laman facebook. Tidak kah berdosa? tidak tahu agama kah mereka hingga sanggup menduakan suami sendiri? tidak kurang juga dengan kisah suami curang dan bermacam2 lagi masalah yang lahir daripada penyalah gunaan facebook. Teruk bukan?

5) Facebook juga disalahgunakan untuk menipu orang ramai samada dalam bentuk perniagaan, penyamaran, perasaan dan sebagainya. Kita seringkali mendengar orang di tipu di facebook kononnya menjanjikan peluang pekerjaan, kekayaan dan sebagainya. Hakikatnya mereka hanyalah penipu dan orang palsu didunia maya. Mereka sanggup menggunakan gambar orang lain untuk menyamar. Selalunya wajah gadis2 yang menjadi mangsa. Mereka menyalin gambar dan menyimpan gambar2 gadis2 yang cantik untuk tujuan penyamaran. Oleh itu, gadis janganlah kerap meng"upload gambar peribadi anda untuk tontonan umum kerana bimbang di salah gunakan oleh sesetengah pihak.


Begitulah serba sedikit serta senarai yang boleh say kaitkan dengan kebaikan dan keburukan facebook. Sebenarnyanya banyak lagi kebaikan dan keburukannya, tetapi saya tidak menyenaraikannya. Hanya ini yang sempat saya ketengahkan. Mana2 kebaikan itu seeloknyanya diteruskan, dan yang buruknya mintalah dijauhi. Saya juga salah seorang pengguna facebook yang tegar.. Jadi saya amat takut denagn sebarang keburukan dan kemungkinan akan terjadi ketika say menggunakan facebook. Memandangkan saya dalam proses penghijrahan, say sendiri berdoa agar saya di jauhkan daripada sebarang kebatilan dan keburukan di dunia maya ini... Apa yang sya tulis hati ini sekadar pandangan sayan untuk perkongsian bersama. Selebihnya saya serahkan kepada Pencipta Yang Maha Mengetahui..Wallahualam.